suria

Cukup Hanya Calit - Wany Hasrita

Wany Hasrita mula minat menatarias wajah sejak bergelar artis.

KATA penyanyi Wany Hasrita, baru sekarang dia mahu kelihatan cantik tak seperti sebelum ini.

Itulah perbezaan hidupnya jika dibandingkan ketika sebelum dikenali dahulu. Dia kini mula mengambil kisah soal tatarias dan dandanan diri.

"Betul... kalau dulu, saya tidak pernah ambil endah soal menatarias wajah dan lebih selesa dengan wajah 'polos'. Kalau nak keluar, cukup hanya menyalit bedak padat jenama Baby Johnson, saya kira itu dandanan paling sempurna dah tu (ketawa).

"Tetapi sejak bergelar anak seni, saya mula mengambil berat soal ini dan mula 'ringan mulut' bertanya kepada jurusolek mengenai teknik-teknik solekan yang betul," katanya kepada mStar Online.

Wany akui dia kini mulai 'ringan mulut' bertanya tips mekap dari jurusolek yang menyolek dirinya.

Tambah pelantun lagu Menahan Rindu ini lagi, wajahnya memerlukan solekan yang natural dan tidak boleh terlalu tebal kerana akan menampakkan air wajahnya yang garang.

"Kalau silap mekap, orang akan nampak saya garang dan sombong dan perkara ini diakui sendiri oleh jurusolek artis yang pernah menyolek saya," ujarnya.

Dalam pada itu Wany atau Nurshazwany Hasrita Abdullah, 25, ini berkata, dek kerana minat barunya dalam seni tatarias, dia kini semakin kerap menjenguk kedai-kedai yang menjual peralatan mekap.

"Sekarang pantang nampak butik Sephora, saya dengan rasa teruja akan masuk. Kadang tak membeli pun. Dapat tengok alat mekap saya jadi seronok," ujarnya ketawa kecil.

Ditanya berapa kos dia akan peruntukan untuk membeli barangan mekap dalam sebulan, kata Wany dia bernasib baik kerana bukan seorang yang boros.

Maksudnya saya hanya membeli barangan yang perlu sahaja kerana alatan mekap saya sentiasa lambat habis akibat jarang pakai.

Wany Hasrita

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain