AMBOIII...meriahnya raya tahun ni ye! Mana tidaknya, buat pertama kali artis yang sempat kami senaraikan ini berpeluang menyambut ketibaan lebaran bersama 'orang baru' selama bergelar suami isteri. Jom kita semak beberapa gambar raya artis bersama bayi 2017 masing-masing. Pasti buat anda geram! Saharul Ridzwan & Deena Emir Saharul dan isteri masih merahsiakan wajah putera mereka, Luth Ali. Ringkas je kan gambar raya Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir bersama bayi mereka Muhamad Luth Ali. Luth Ali dilahirkan pada 6 Jun lalu. Gambar tersebut dimuatnaik isteri Saharul di laman Instgram miliknya, @deenaemir pada Ahad tanpa mengenakan warna pakaian sedondon. Biarpun masih merahsiakan wajah putera kesayangan itu, gambar tersebut tetap mendapat tanda suka (like) sebanyak 24,000 dari netizen. Saharul dan Deena berkahwin pada 16 Septermber tahun lalu. Akim & Stacy Bella dan Eshaal tengok mana tuuu? Pasangan bahagia Akim dan Stacy memilih rona biru lembut untuk tema pagi raya pertama mereka sekeluarga. Tengok bayi mereka, Eshaal Afiq Hakim di pangkuan ibunya Stacy, comel sungguh! Bella pula tetap manja di pangkuan Akim. Eshaal lahir pada tarikh dan waktu yang sangat cantik iaitu pada 17.02.17 jam 17.17 di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Stacy dan Akim berkahwin pada 5 Fevuari tahun lalu. Stacy sebelum ini memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Panggilan spontan Shaheizy kepada puteranya Sheriv dengan panggilan Sarip menerusi kapsyen gambar di instagramnya mengundang kelucuan buat sesetengah netizen. Memilih rona hitam sedondon untuk tema di pagi syawal, jelas terpancar seri kebahagiaan di wajah pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melivin dengan hadirnya sang putera, Sheriv Samheizy. Foto yang dimuatnaik Shaheizy menerusi Instagram pada Ahad dengan kapsyen: "Alhamdulillah tahun ni dapat pulak beraya bertiga!!! #Bebiboi Sarip ni dok tido je dari tadi hehek" mengundang kelucuan buat netizen. Mana tidaknya, nama Sheriv dipanggilnya Sarip hihi. Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada 9 Mei lalu. Nubhan dan Afifah Ciri-ciri bapa penyayang sememangnya ada pada Nubhan. Alahaii nampak 'ayah-ayah' sangat Nubhan di samping bayi perempuannya, Aafiya Kamilia. Nubhan dan isteri, Afifah Hidayah mengenakan baju berona pink lembut sedondon sambil memangku puteri mereka itu di tangga rumah. Rayalah katakan hihi..Kalau ada yang perasan, sejak kelahiran Aafiya pada 10 Mei lalu, Nubhan dilihat begitu teruja memuatnaik setiap gambar bersama bayinya itu di akaun instgram miliknya, @nubhan. Ini baru bapa penyayang..hihi. Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Kehadiran Syaikhul amat memberi makna kepada pasangan bahagia ini. Wah sweet nya foto raya depa ni kan...pasangan Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah menerusi persalinan raya serba biru nampak sangat romantik. Syamsul dan Sarah menyambut ketibaan lebaran tahun ni bersama si comel, Syaikhul Islam. Tengok tu! Lena pulak Syaikhul ni tidur. Comel sungguh! Syaikhul dilahirkan pada 19 April lalu di Pusat Perubatan Pantai Bangsar. Pasangan ini berkahwin pada 8 Mac 2014. Keith Foo & Kim Raymond Nyenyaknya Skylar tidur dipangkuan ibunya. Foto pelakon Keith Foo dan isteri, Kim Raymond pula tak kurang menarik dengan persalinan raya kelabu dan putih sambil meriba bayi perempuan mereka yang diberi nama Skylar Raymond Foo. Comel sungguhkan! Yalah, ayah kacak, emak pun cantik. Skylar Raymond dilahirkan pada 30 Mei lalu manakala pasangan ini berkahwin pada 30 November 2015.