suria

“Penyakit Ini Boleh Jadi Kanser” - Zara Zya

Zara Zya selamat menjalani pembedahan selama tiga jam pada Isnin. Foto Instagram @zarazya

RASANYA baharu sahaja menyaksikan pelakon Zara Zya hadir dalam sebuah majlis berbuka puasa pada bulan Ramadan lalu.

Personalitinya yang ceria dan ramah langsung tidak menampakkan dia sedang mengalami masalah kesihatan.

Agak memeranjatkan apabila secara tiba-tiba Zara memuat naik gambarnya yang sedang terbaring di katil hospital dengan bahagian tengkuk berbalut seperti baru selesai menjalani pembedahan.

Apa sudah jadi Zara?

Zara menerusi Instagram miliknya menjelaskan dia baharu sahaja menjalani pembedahan yang memakan masa selama tiga jam bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian tepi pipinya.

Jelasnya lagi, ketumbuhan yang dahulunya kecil semakin membesar dan dia mengambil keputusan untuk membuangnya kerana ia boleh mengakibatkan kanser.

"Kalau dibiarkan ia boleh menyebabkan kanser dan tiada lagi 'expression' di wajah Zara," tulisnya.

Bagaimanapun Zara memberitahu keadaannya kini semakin stabil dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya.

Zara Zya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain