NAMPAKNYA masalah di antara Sufi Rashid dan ibunya, Irma Suriana Mahamud belum menemui jalan penyelesaian apabila dia menuntut penyanyi itu memohon maaf secara terbuka. Irma berkata, jika Sufi berdegil, dia tidak akan teragak-agak membawa masalah itu untuk diselesaikan di mahkamah. "Apa yang boleh saya katakan saya mahu permohonan maaf secara terbuka daripada Sufi kerana membuat tuduhan palsu terhadap saya kepada adik-beradik saya yang digunakan sebagai 'senjata'. "Tuduhan itu membuatkan orang sekeliling menganggap saya yang bersalah. "Jika dia enggan, segala kebenaran akan didedahkan di mahkamah dan ia akan menjejaskan karier serta kepercayaan orang terhadapnya," kata Irma Suriana kepada mStar Online. Luahan Irma di Facebook miliknya yang mendapat pelbagai reaksi. Irma memberi komen berkenaan sebagai respons kepada kenyataan Sufi yang ingin menyelesaikan pergaduhan di antara mereka selepas dia meluahkan rasa kecewa dengan anaknya itu di Facebook. Dalam entri dibuat Irma pada Jumaat lalu, dia melabelkan Sufi sebagai Malin Kundang dan merasakan dirinya umpama kain buruk. Sufi Cuba Selesaikan Isu Gaduh Dengan Ibu Enggan memperincikan apakah sebenar masalah yang berlaku di antara mereka, Irma sebaliknya menganggap kenyataan Sufi yang cuba menyelesaikan kemelut itu sebagai bohong. "Kenapa berbohong pada masyarakat kononnya dia sayangkan emak, doakan emak? Hakikatnya semua itu bohong dan dia hanya gunakan kata-kata untuk menagih simpati agar peminat terus menyokongnya. "Saya sayang semua anak-anak saya tetapi kenapa bila dia dah berjaya, bila ramai di sekelilingnya saya orang pertama dia padam daripada hidupnya? "Dia sanggup sediakan tempat berteduh untuk orang lain sedangkan dia tahu saya hampir-hampir kehilangan tempat tinggal sebelum ini. Sufi juara program Akademi Fantasia 2015. "Dia potong talian telefon saya, ganti kata laluan wifi di rumah dan sekat nombor saya dari telefon adiknya agar saya tidak dapat menghubunginya jika berlaku kecemasan. "Saya sembunyikan penyakit saya apabila doktor mengesahkan saya mempunyai masalah buah pinggang tahap tiga. Apakah ini yang dia kata dia sayangkan emaknya?" luah Irma lagi. Sementara itu, Irma berkata, apa dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menyedarkan Sufi kerana tidak mahu lihat anaknya itu terus tenggelam dan hanyut. "Saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya kerana tiada ibu di dunia ini mahu melihat anak-anaknya susah kerana saya sudah melalui kehidupan daif membesarkan tiga cahaya mata sendirian. "Semoga Allah selubungkannya dengan hidayah," ujarnya. Salam dunia semua. ? A post shared by Sufi Rashid (@sufierashid) on Jun 30, 2017 at 10:03pm PDT