suria

“Isteri Tinggalkan Saya Dulu” – Faizal (AF4)

Faizal nafi tidak bertanggung jawab.

KONTROVERSI kegagalan rumah tangga buat kali ketiga, Faizal nampaknya masih belum reda apabila bekas isterinya iaitu Sahidatul Najiha Ibrahim mendakwa pernah dikasari sepanjang menjalani kehidupan sebagai suami-isteri.

Bagaimanapun, juara Akademi Fantasia musim ke 4 itu, menafikan perkara berkenaan dan menganggap masalah rumah tangganya terlalu peribadi untuk didedahkan kepada umum.

"Saya malas nak besarkan cerita rumah tangga kerana terlalu peribadi untuk dijaja, saya tidak pernah pun pukul dia atau naik kaki dan tangan sepanjang kami berkahwin.

"Saya akui kami masing-masing ada kesilapan, jika mahu cari salah saya, dia pun kena fikir kesilapan dia yang selalu mengeluarkan kata-kata kasar. Dia juga yang keluar meninggalkan saya dahulu sebelum kami berpisah," ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.


Sahidatul memuat naik kenyataan tentang bekas suaminya Faizal.

Sahidatul menerusi laman sosial Facebook miliknya mendakwa Faizal atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ramly gagal menjalankan tanggung jawab sebagai suami sepanjang mereka berkahwin.

Isterinya juga dalam sebuah portal hiburan pada Khamis turut manafikan terdapat pihak ketiga punca perpisahan mereka.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada masalah kewangan turut menjadi punca rumah tangga yang dibina itu hancur, Faizal berkata, dia bekerja dan ada pendapatan untuk menyara keluarga.

"Kami tidak ada persefahaman lagi, tentang masalah kewangan itu bukanlah punca utama kerana saya bekerja menyara keluarga," ujarnya.

Sementara itu, Faizal berkata, kegagalan rumah tangga kali ketiga ini juga menjadikan dia serik untuk berkahwin kembali.

Sahidatul Najiha bersama anak hasil perkahwinannya dengan Faizal. Foto ihsan FB Sahidatul Najiha.

Katanya, buat masa ini, dia mahu kembali fokus terhadap kerjaya nyanyian selain mempromosikan produk terbaharu Beauty18.

"Saya mahu fikir positif dan mulakan hidup baharu, sekarang mahu fikir kerja dahulu dan serik nak fikir tentang kahwin.

"Bagi saya perjalanan kehidupan saya dengan bekas isteri sudah berakhir dan tidak mahu mengingat kembali," ujarnya.

Faizal berkahwin dengan Sahidatul pada November 2015 dan pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia 11 bulan. 

Faizal melafazkan cerai terhadap Sahidatul di luar mahkamah pada Disember 2016.

Menerusi perkahwinan pertamanya, Faizal mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia tujuh tahun manakala untuk perkahwinan kedua pula, mereka tidak mendapat anak. 

Faizal AF4

Artikel Sebelum

Suami Nora Danish Bengang

Artikel Berikut

Artikel Lain