suria

Nasib Fynn Jamal! Pembantu Rumah Pemalas, Gatal

Fynn Jamal bersama anaknya, Arjuna dan suami.

KES pembantu rumah mencuri bukanlah sesuatu perkara baharu. Ia bermula apabila orang gaji di rumah jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dan selepas itu usahawan Nur Sajat yang menerima nasib serupa. 

Dramatis Nazia Mustafar juga turut berhadapan dengan sikap tidak amanah pembantu rumah yang menyelongkar rumahnya ketika dia sedang bercuti.

Kali ini giliran Fynn Jamal yang meluahkan rasa kesal apabila pembantu rumah tidak menjaga anak Fynn dengan baik selain bersikap pemalas. 

Video yang dikongsi ini memaparkan seperti sekeping roti dipenuhi ulat kecil menggambarkan sikap pembantu rumah berkenaan yang tidak mengenang budi.

Ia mendapat perhatian lebih 85,000 tontonan.

geli, kan? . ini lah dia balasan kebaikan kami kepada helper yang aku layan setara bagai sahabat. . makan semeja. jalan bersama. dimewah hadiah. dibagi bilik tetamu, bukan bilik bibik. dipejam-mata walau malas nauzubillah. . semua atas alasan: takpe. sekurang2nya dia sayang anak kita. . sebab depan kita, subhanallah, dipeluk dicium dikasih anak kita. jadi takpe. segalanya takpe. . bangun lagi lambat dari kita. rembat pakai barang kita. tak jaga barang2 rumah kita. membetulkan kerosakan yg dia buat kat rumah ni sebab dia sampai ribu2. semua takpe. . asalkan sayang anak kita. . tapi tadi dah kantoi kali ketiga buat tak baik dgn anak kita. dia ingat semua keluar tinggalkan juna pada dia. sebab kita tersalah cakap semua pergi. kecuali dia. . jadi perangai dia terzahir tanpa mengetahui daddy kat tingkat atas. . juna menangis menjerit. dipeduliknya. sebab dia nak juga layan drama filipina dia. . allahu akbar. bayangkan. apalah yg anak aku reti adukan. dulu masa bang chik lari, aku doa sangat2 minta الله tunjuk segala yg tersembunyi dlm rumah ni. . perlahan2, الله singkapkan. . gaji lebih mahal dari penjaga stor butik. kita kenang sbb dia ada mak abah. setiap bulan ada sahaja keluarga sakit, ada saja nak pakai duit. kita sabarkan. . minta tolong kemas mcm mengemis. sebab dia suka hempas2 sbb xcukup rehat. jadi selalunya aku juga yg uruskan. masak tak pernah. bergayut dgn jejaka2 sini sana. kantoi dpn kita pun bukan minta maaf. setakat off fon kemudian buat selamba. ni aku ambil fon dia, bila semak whatsapp-- terbukti semua. . "boss here. wait. later i call you". . fuh. dia yg call mamat2 semua tu. chatting jenis "mana dpt fon i ni?", jenis "nak mandi, you jgn bayang i mandi tau you ni". berbual dgn ramai lelaki-- yg bukan suami. terbukti sbb dia suka printscreen facetime dgn si miang2 ni. . ya الله berikan aku kesabaran. kasihankan anak aku. . ni yang kantoi. yang selama ni anak aku tanggung? berapa lama dia berlakon macam ni? kalau bukan bang chik lari masa tu-- mesti masih tak perasan semua ni. skrg dah terbukak belang. dia dah malas nak berlakon lagi. . allahu akbar. wahai الله, aku serahkan dia pada engkau.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Menerusi kapsyen yang ditulis, Fynn kecewa apabila pembantu rumah yang dilayan baik sanggup melakukan perkara yang tidak elok kepada anak kesayangannya, Bakti Arjuna Fitri Abdullah yang berusia lima tahun.

Malah, ia merupakan kali ketiga wanita tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik seperti yang diharapkan.

"Geli kan? Ini lah dia balasan kebaikan kami kepada helper yang aku layan setara bagai sahabat. Makan semeja. Jalan bersama. Dimewah hadiah. 

"Dibagi bilik tetamu, bukan bilik bibik. Dipejam mata walau malas nauzubillah. Semua atas alasan tak pa, sekurang-kurangnya dia sayang anak kita.

"Sebab depan kita, subahanallah, dipeluk, dikasih anak kita. Jadi tak apa. Segalanya tak apa," tulis Fynn.

Fynn meluahkan rasa kecewanya terhadap pembantu rumah yang melakukan perkara tidak elok pada anaknya. 

Menurut Fynn lagi, biarpun kerja-kerja rumah adalah tugas pembantu rumah tapi dia terpaksa menguruskan semuanya kerana orang gaji tersebut kerap mengadu penat.

Bahkan, wanita itu kerap berhubung dengan ramai lelaki dan pernah kantoi berbalas mesej yang berunsur lucah.

"Minta tolong kemas macam mengemis. Sebab dia suka hempas-hempas sebab tak cukup rehat. Jadi selalunya aku juga yang uruskan. Masak tak pernah.

"Bergayut dengan jejaka-jejaka sini sana. Kantoi depan kita pun bukan nak mimnta maaf. Setakat off fon (telefon) kemudian buat selamba. Ni aku ambil fon dia, bila semak Whatsapp terbukti semua.

"Fuh. Dia yang call mamat-mamat semua tu. Chatting jenis "mana dapat fon I ni?", jenis "nak mandi, you jangan bayang I mandi tau you ni." Berbual dengan ramai lelaki," katanya.

Fynn Jamal

Artikel Sebelum

Artikel Lain