BEKAS peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016, Puteri Aishah menjelaskan bahawa hubungan dia dan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin, 37, buat masa ini hanya sekadar kawan biasa. Puteri atau nama sebenar Puteri Aishah Sulaiman, 22, berkata dia mengenali Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies ini menerusi kawan baiknya bernama Yana yang juga merupakan sepupu kepada ahli perniagaan tersebut. "Saya kenal SM Faisal menerusi kawan baik saya iaitu Yana. Kami memang dah kenal lama dan saya rapat dengan keluarga dia. "Manakala Yana dan Faisal pula sepupu dekat dan kebetulan masa kami keluar bersama, dia ada ajak Faisal sekali. Dari situ saya kenal dan berkawan dengan dia. "Sejujurnya, memang tidak ada hubungan istimewa pun sebab kami baru berkawan," kata Puteri kepada mStar Online. Puteri tidak sangka foto yang dikongsikan membuatkan peminat salah faham dengan hubungan dia dan Faisal. Foto Instagram @puteriaishah_. Menurut Puteri lagi, tujuan dia memuat naik foto dan video Instastory bersama Faisal di Instagramnya kerana tidak mahu menyorokkan apa-apa daripada orang luar. Dalam pada itu, Puteri berharap peminat tidak salah faham dengan pengkongsian tersebut. "Saya tak nak sorok apa-apa daripada peminat dan apa yang saya kongsi bukan nak tunjuk yang kami ini bercinta atau pasangan kekasih. "Saya harap selepas ini tidak ada yang salah faham lagi. Wanita di luar sana masih ada peluang untuk mengenali dan mendekati Faisal," katanya. Puteri memuat naik foto dan video bersama Faisal di laman Instagramnya pada Ahad dantelah menarik perhatian netizen. Malah, Faisal juga ada berkongsi video bersama pelakon wanita tersebut di laman sosialnya. Penang here we come! ??@puteriaishah_ #roadtrip #penang #ferrarimy70 #ferrari70 #ferrari #nazaitalia #sharewithsmf A post shared by Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on Jul 22, 2017 at 3:59am PDT Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mengatakan Aishah dan Faisal sesuai bersama sebagai pasangan kekasih. Malah, ada yang sudah berfikir jauh sehingga membayangkan wajah comel anak Aishah dan Faisal. "You guys punya anak mesti comel gila," tulis salah seorang pengikut Aishah di Instagram. Manakala pemilik Instagram bernama Ezzanne18 mendoakan mereka berdua bertemu jodoh kerana dilihat sama cantik sama padan. Gambar Aishah ketika menjadi guru pelatih di sebuah sekolah rendah pada 2014 menjadi viral dan telah membuka rezekinya dalam bidang seni sebagai pelakon. Sebelum ini Faisal pernah berkahwin dengan Emilia Hanafi pada 2002 dan dipercayai bercerai pada Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki. Faisal bersama-sama ahli keluarga yang lain kini menguruskan perniagaan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya, Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada1 Mei 2008.