suria

Rakyat Malaysia Juara Masterchef Australia

Rakyat Malaysia, Diana Chan muncul juara program Masterchef Australia.

PETALING JAYA: Wanita berasal dari Malaysia iaitu Diana Chan muncul sebagai juara program Masterchef Australia yang berlangsung pada malam Isnin.

Diana yang menetap di Melbourne menewaskan pesaingnya Ben Ungermann dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai A$250,000 berserta trofi selain bakal bergelar penulis tetap kolum masakan majalah Delicious.

Dilihat sebagai peserta hebat sepanjang pertandingan, Diana berjaya mencuri perhatian juri dengan masakan dipersembahankan selain berjaya mengawal situasi dengan baik ketika mengharungi cabaran.

Pada pertandingan akhir itu, Diana antaranya menyediakan masakan iaitu Ikan Merah bersama sambal pedas iaitu resepi ibunya.

Ibu bapanya yang juga tukang masak adalah inspirasi Diana menyertai pertandingan itu.

Berusia 29 tahun, Diana yang bertugas sebagai akauntan berasal dari Johor Bahru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya berpindah ke Australia sejak 10 tahun lalu.

Selain Diana, seorang lagi rakyat Malaysia yang pernah memenangi pertandingan sama adalah Adam Liaw ketika musim kedua program itu.

Diana Chan, Masterchef Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain