suria

Ainul Aishah Ke Phuket Rakam Foto Pra Perkahwinan?

Pemergian Ainul ke Phuket, Thailand Jun lalu tidak hanya berdua.

PADA hujung Jun lalu heboh diperkatakan apabila pelakon Ainul Aishah bercuti bersama kekasihnya, Khalid Ridzuan di Phuket, Thailand sehingga menimbulkan pelbagai persepsi kurang enak netizen.

Bagaimanapun Ainul, 32, baru-baru ini tampil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dengan mengatakan mereka ke sana tidak hanya berdua, sebaliknya bersama beberapa rakan lain yang enggan gambar mereka dirakam.

Bagaimanapun pertanyaan netizen tidak terhenti di situ. Ada yang mula meramalkan adakah pasangan ini sedang dalam proses menyiapkan album pra perkahwinan mereka? Yalah, gambarnya cantik-cantik dan romantis gitu!

Antara foto yang dimuatnaik Ainul di laman Instagramnya ketika bercuti di Phuket Jun lalu.

Ainul ketika dihubungi sempat ketawa sebelum terbuka berkongsi bicara.

"Pre Wedding? Eh, tidaklah... kami hanya bercuti. Tarikh kahwin pun masih belum ada tiba-tiba nak buat foto pra perkahwinan (ketawa).

"Sebenarnya kalau nak bercakap hal ini, saya malu sebab saya perempuan.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, terus doakan yang terbaik untuk hubungan kami," katanya kepada mStar Online.

Kata Ainul, dia sudah sedia bergelar seorang isteri.

Dalam pada itu, Ainul atau Ainul Aisyah Azizun berharap agar isu percutian tersebut tidak lagi disensasikan oleh mana-mana pihak.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, pelakon Lara Aishah ini memberitahu tidak timbul soal dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kekacakan teman lelakinya yang berdarah kacukan Melayu/ Inggeris itu seperti yang didakwa.

Sebaliknya dia hanya ingin mengekpresikan kegembiraan selain rasa bersyukur kerana Allah telah menghantar seorang lelaki yang baik di dalam hidupnya setelah hampir berputus asa memikirkan soal cinta.

Ainul Aishah

Artikel Sebelum

Artikel Lain