suria

Nick Mikhail Dapat Habuan Kerana Mulut Celupar

Datuk Subash Sundaramoorthy (dua dari kiri), Beego (dua dari kanan) dan ahli-ahli Seniman membuat laporan polis terhadap keceluparan mulut artis Singapura iaitu Nik Mikhail Razak di Balai Polis Taman Melawati, pada Khamis.

HULU KLANG: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti televisyen Singapura iaitu Nick Mikhail Razak selepas individu itu didakwa mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap presiden persatuan itu, Zed Zaidi.

Nick Mikhail mengeluarkan tuduhan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa lalu. 

Laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman iaitu Datuk Subash Sundaramoorthy, 36, di Balai Polis Taman Melawati di sini pada Khamis. 

Subash berkata, pihak Seniman terpanggil untuk membuat laporan polis itu selepas merasakan tindakan Nick Mikhail itu melampau sehingga mencalarkan kredibiliti Zed Zaidi. 

Aliff Aziz bersama isterinya Bella Astillah ketiha hadir ke sidang media berhubung isu rumah tangga mereka yang turut mendapat perhatian Zed Zaidi.

Malah kata Subash, ia bukan kali pertama individu itu menyelar Zed Zaidi dan pihaknya sebelum ini hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. 

"Ini kali ketiga individu berkenaan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah terhadap Seniman dan presiden jadi atas sebab itu kita rasakan perlu membuat laporan polis kerana sebelum ini kami senyap sahaja. 

"Kata-katanya iaitu 'kalau lu langgar sama Aliff Aziz lu langgar sama gua. Sekarang wa cabar sama lu, lu pancung, lu datang kita tunggu sama lu' adalah satu ugutan melampau. 

"Kita rasa bertanggungjawab untuk mempertahankan Seniman dan presiden dari terus diperkotak-katikkan oleh individu yang tiada kaitan dengan persatuan. 

"Zed sendiri tidak tahu kami akan buat laporan polis dan hanya memberitahunya pagi ini," katanya ketika ditemui mStar Online. 

Selebriti Singapura Hina PM Wajar Disekat Masuk Malaysia 

Zed Zaidi.

Dia turut ditemani oleh Pengerusi Biro Penguatkuasaan Perlesenan dan Tata Tertib Seniman, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego. 

Nick Mikhail menerusi video 'live' itu turut mempertikaikan tindakan Zed yang mencampuri urusan peribadi melibatkan penyanyi dan pelakon Singapura Aliff Aziz yang terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangganya. 

Pelakon yang pernah berlakon disamping Zed menerusi filem Bicara Hati pada 2004 itu turut menyelar Zed yang didakwa berat sebelah dan cuba 'membunuh' artis Singapura di Malaysia.

Nick Mikhail antara lain turut mempersoalkan mengapa Zed tidak mencampuri urusan peribadi artis Malaysia yang ada di antara mereka juga yang pernah terjerumus dalam pelbagai isu termasuk di Singapura. 

Dalam pada itu, Subash berkata, dia berharap tindakan daripada pihak Polis, Jabatan Imigresen dan agensi berkaitan dapat mengambil tindakan terhadap Nik Mikhail berhubung insiden itu. 

"Jika kita biarkan ia akan berulang dan kota harap agensi kerajaan berkaitan akan menyiasat dan mengambil tindakan sebelum sebarang perkara tidak diingini berlaku," katanya. 

Sementara itu, Beego pula berkata, pihak Seniman bersuara kerana isu melibatkan Aliff mendapat perhatian meluas dan ramai mula bertanya tentang permit bekerja penyanyi itu di negara ini. 

Nick Mikhail Razak adalah artis dari Singapura. Foto Instagram milik @nickmikhailrazak

Kata Beego, sebagai pihak bertanggungjawab mereka perlu menjawab semua persoalan ditimbulkan dan tindakan presiden bukannya bersifat peribadi sebaliknya atas kepentingan industri. 

"Berdiri sebagai presiden tidak keterlaluan apabila Zed mengeluarkan kenyataan mengenai Aliff namun persepsi orang luar menjadikan ia negatif. 

"Isu Aliff 'panas' dan menjadi bualan netizen sehingga ada pihak mempertikaikan permit bekerjanya di negara ini. 

"Di sini Seniman akan memainkan peranan dan sekiranya dakwaan itu benar tindakan diplomatik boleh digunakan untuk selesaikan masalah dan bukannya seperti didakwa.

"Bagaimanapun Aliff adalah ahli Bersekutu Seniman dan ada menghantar permohonan pekerja filem asing ke Finas untuk diproses di Jabatan Imigresen namun tidak tahu sama ada ia diluluskan atau pun tidak," katanya.

Zed Zaidi, Nik Mikhail Razak, Seniman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan