suria

“Mujur Ada Syamsul” - Mawi

Mawi bakal terjun dalam bidang pengarahan untuk sebuah filem bergenre komedi islamik tidak lama lagi.

PENYANYI Mawi dalam usaha merangka untuk menerbitkan filem sulung pertama arahannya setelah lebih dua tahun memendam hasrat bergelar seorang pengarah.

Mawi, 36, berkata,  dalam merancang ke arah itu dia mempunyai sahabat iaitu Syamsul Yusof yang dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke 57 (FFAP57) baru-baru ini.

"Alhamdulillah, impian bergelar seorang pengarah filem boleh saya katakan hampir tercapai dan saya bertuah kerana kebetulan bersahabat baik dengan Syamsul yang sekali gus boleh dijadikan tempat rujuk. Mujur ada dia!

"Sebagai orang baru dalam lapangan pengarahan, saya juga mahu berterima kasih buat keseluruh ahli keluarga Datuk Yusof Haslam kerana ikhlas berkongsi ilmu dalam lapangan ini," katanya kepada mStar Online.

Mawi ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Duta Iqdar Ibadah Qurban Di Darfur yang berlangsung di Masjid Wilayah Perseketuan, pada pagi Jumaat.

Mawi mengagumi bakat pengarahan yang ada pada diri sahabatnya, Syamsul.

Ini merupakan kali ketiga pelantikan Juara Akademi Fantasia 3 ini sebagai duta tersebut. 

Pada 2007 dia pernah dilantik sebagai Duta Tabung Darfur oleh Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid).

Pemilihan Mawi berdasarkan dirinya dilihat sebagai ikon Islamik yang dikenali sekali gus boleh membawa orang ramai untuk turut serta menjayakan program Tabung Dapur Untuk Darfur bersempena Ibadah Qurban.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Imam Besar Masjid Wilayah Perseketuan, Haji Zakaria Isa.

Dalam pada itu, Mawi yang turut terlibat menerusi filem Munafik 2 mengakui sentiasa meneliti cara Syamsul bekerja di set penggambaran dan sedikit sebanyak mengambil ia sebagai satu proses pembelajaran.

Mawi di samping Imam Besar Masjid Wilayah Perseketuan, Haji Zakaria Isa (dua dari kiri) di majlis perlatikannya sebagai Duta Iqdar badah Qurban Di Darfur pada Jumaat.

Tambahnya lagi, untuk filem pertama arahannya ini, dia memilih mengeluarkan karya bergenre Komedi Islamik kerana merasakan ia dekat dengan jiwanya.

"Kini semuanya dalam rangka awal termasuk skrip yang saya tulis sendiri selain sedang menyenaraikan barisan pelakon yang akan terlibat untuk projek ini.

"InsyaAllah kalau tidak ada aral melintang Oktober ini saya dan produksi Mawi World Production akan masuk set.  Doakan semuanya dipermudahkan," katanya.

Mengenai soal peribadi, Mawi yang mempunyai seorang puteri, Cahaya Malaika,  5,  merancang untuk menambah cahayamata namun berserah kepada rezeki daripada Allah.

"Hasrat nak tambah anak ada cuma masih belum rezeki," akhirnya.

Mawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain