suria

Tegur Pelakon 'Kayu', Bukan Kerana Cemburu - Que Haidar

Que Haidar tegur pelakon baharu suapaya pergi bengkel lakonan.

TINDAKANNYA berkongsi pendapat berhubung sikap pelakon baharu yang tiada inisiatif untuk menghadiri bengkel lakonan bukan kerana cemburu atau berasa iri hati.

Sebaliknya, Que Haidar berkata, teguran secara umum itu dibuat berikutan rasa sayang terhadap seni lakonan dan tidak ia dipermainkan dengan hasil kerja pelakon baharu yang tidak memuaskan.

"Tiada sedikit pun rasa cemburu atau iri hati dengan mereka-mereka ini (pelakon baharu), saya sangat sayangkan lakonan itu sendiri.

"Jadi saya lihat kerja mereka ini seakan-akan mempermainkan dan memperlekehkan kerja seorang pelakon, saya sangat terasa, jadi saya rasa patut bersuara demi dunia lakonan itu sendiri dan industri kita," ujarnya.

Status perkongsian Que Haidar pada Sabtu mendapat sokongan netizen.

Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkongsi pendapat tersebut di sebuah laman sosial Facebook Movie Addict pada Sabtu.

Menerusi perkongsian itu, Que kesal apabila tiada seorang pun wajah baharu yang menghadiri bengkel-bengkel lakonan anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Justeru itu, dia turut mencadangkan agar pihak Persatuan Seniman supaya merangka garis panduan khusus kepada pelakon baharu untuk hadir ke kelas berkaitan lakonan sebelum terlibat dengan sebarang penggambaran drama.

Que ketika menyertai bengkel lakonan.

"Saya nak cadangkan pihak Seniman supaya senaraikan pelakon baharu yang kayu supaya wajib menghadiri kelas lakonan dalam masa setahun.

"Selain itu, perlu ada sedikit garis panduan untuk stesen televisyen, penerbit dan pengarah yang sekarang ini kemaruk sangat dengan hanya memandang rupa paras dan pengikut laman sosial. Ini juga memberi peluang kepada mereka yang rasa diri kacak dan cantik tapi 'kosong' ini berilmu walaupun sedikit," luahnya.

Que Haidar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain