HAMPIR dua tahun mendirikan rumah tangga kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, ramai menantikan bilakah penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh akan memiliki cahaya mata? Mengakui mahukan anak namun kata Marsha dia meletakkan soal itu kepada ketentuan Allah untuk memberi rezeki cahaya mata kepada mereka suami-isteri. Malah dia juga tidak tertekan apabila sering ditanya soalan mengenai perkara itu sebaliknya menganggap ia sebagai satu doa. "Apabila melihat rakan-rakan lain yang sudah mempunyai anak memang teringin sangat hendak ada cahaya mata sendiri tetapi ia soal rezeki. Marsha akan berentap dalam program AF Megastar. "Tetapi tidaklah sampai saya tertekan apabila sering ditanya soal anak kerana ia di luar bidang kuasa saya dan apa yang boleh saya lakukan adalah usaha. "Selebihnya kita serahkan soal itu kepada ketentuan Allah," katanya. Dalam perkembangan lain, Marsha berkata, dia teruja dapat berlakon dalam filem televisyen #TerobekRaya yang mula ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak Khamis kerana ia menampilkan kelainan. Jelas Marsha, menerusi #TerobekRaya, ia pertama kali berlakon tanpa menggunakan skrip sebaliknya tampil dengan dialog sendiri berdasarkan situasi sesuatu babak. Barisan pelakon filem televisyen #TerobekRaya. "Ia mencabar tetapi pada masa sama ia sangat menyeronokkan kerana tidak pernah saya berlakon tanpa skrip. "Tambah pula semua pelakon yang terlibat semuanya otak 'gila' membuatkan penggambaran selama seminggu gamat dengan gelak ketawa," katanya. #TerobekRaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Johan, Ozlynn, Zizan Nin, Azhan Rani, Sherry Alhadad, Beto Kusyairi, Ani Maiyuni dan Kaza. Selain itu, Marsha juga bakal kembali berentap bersama bekas peserta Akademi Fantasia (AF) menerusi pertandingan AF Megastar yang akan mula bersiaran pada 3 September ini.