UMUM mengetahui pelakon Nora Danish bersama suaminya, Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned terbuka dalam berkongsi kehidupan peribadi mereka untuk tatapan peminat di Instagram. Malah pasangan ini sering memuat naik foto romantis bersama selain berkongsi aktiviti harian mereka sekeluarga. Terbaharu, Nedim memuat naik foto mesra mereka yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah dan nampaknya netizen kurang senang dengan pasangan itu dan mula menulis komen negatif kepada mereka. Enggan berdiam diri, Nedim bertindak membalas komen yang ditinggalkan pemilik akaun bernama @titystella dan @4arifputh_ yang cuba mengajarnya bagaimana untuk menjalani kehidupan bersama keluarganya. Foto mesra Nedim dan Nora yang mengundangan kecaman netizen. Malah, anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini menasihati mereka agar membuang sifat dengki dalam diri sekiranya ingin berjaya dalam kehidupan. "@titystella, budak ini cuba untuk beritahu saya bagaimana saya perlu jalani kehidupan sementara dia seperti belum cukup umur. "@4rifputh_ nak senang dan berjaya jangan benci atau dengki dengan kehidupan orang lain, kalau saya jadi adik, saya ambil ilham untuk jadi lebih baik daripada saya. "Dunia ini ibarat roda, jangan terlalu taksub cari salah orang lain, cermin diri, jadi lebih baik daripada anda hari ini," tulis Nedim. Nedim juga memberi cadangan agar mereka pergi ke pusat kecantikan untuk memiliki kulit licin sepertinya dan meminta mereka menyebut namanya untuk mendapatkan potongan harga. "Saya punya muka licin pasal pergi ke MyClinic dekat Damansara, cuba la mungkin bila awak dah hilang jerawat boleh lihat muka sendiri di cermin dengan selesa. "Cakap nama saya, awak akan dapat diskaun Insya-Allah," ujarnya. Rata-rata pengikutnya turut memuji pasangan ini dan mengelarkan mereka seperti Romeo dan Juliet dan meminta orang luar agar membiarkan mereka bercuti dengan aman. Nedim dan Nora berkahwin pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Glasshouse at Seputeh, Petaling Jaya.