suria

“Maaf... Saya Janji Tak Buat Lagi” - Usop

Usop nafi bersikap diva dengan pihak media. Foto Instagram: @usopofficial.

NAIB juara Mentor Milenia 2017, Usop terkejut apabila dia sekali lagi didakwa bersikap 'diva' gara-gara sukar memberikan kerjasama kepada pihak media yang ingin berurusan dengannya.

Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 20, berkata, dia berasa pelik dengan tuduhan terbaharu itu kerana kali terakhir dia bertemu dengan media pada Julai lalu dan sejak itu dia sibuk dengan undangan persembahan terutamanya di negeri sebelah utara.

"Saya terkejut dengan dakwaan itu kerana kali terakhir saya berjumpa dengan pihak media pun pada Julai lalu.

"Tapi ketika itu tiada masalah yang berlaku malah dan selepas itu tiada pula wartawan menghubungi saya untuk sebarang urusan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Dalam pada itu, bekas protoge penyanyi Hazama ini bagaimanapun memohon maaf jika ada melakukan kesalahan secara tidak sengaja atau di luar kawalannya.

Usop mengaku pernah membuat salah dan berjanji tidak mahu mengulangi lagi. 

"Saya masih baru dalam industri dan juga manusia biasa, mungkin saya ada terlepas pandang atau terlepas cakap.

"Kalau ada salah, saya minta maaf sangat. Tapi jujurnya, saya bukanlah seperti yang dikatakan itu," ujarnya.

Kata Usop lagi, sebelum ini dia mengaku pernah melakukan kesalahan pada pihak media pada awal kemunculannya dalam industri dan ia pengajaran besar dan peringatan kepadanya.

"Sebelum ini memang saya mengaku ada buat salah dan sudah meminta maaf kepada semua. 

"Benda yang lepas pun sudah menjadi satu pengajaran buat saya, Insya-Allah saya janji tak mengulangi lagi," katanya.

Nama Usop sebelum ini menjadi panas apabila dia dikatakan tidak mahu berkongsi nombor telefonnya dengan rakan wartawan meskipun permintaan itu dibuat atas dasar kerja.

Usop Mentor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketumbuhan Pada Peti Suara Bob

Artikel Lain