suria

Yayasan Artis Jual Nombor Plat A1M

Datuk DJ Dave (kanan) memasukkan nombor A1M 1000 sebagai simbolik penjualan nombor plat khas bagi membantu golongan artis. Turut kelihatan mereka yang terlibat menjayakan tujuan berkenaan. FOTO: Rohaizat Md Darus.

DALAM usaha mengumpul dana untuk disalurkan bagi tujuan kebajikan penggiat seni tanah air,  Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) memperkenalkan plat nombor siri khas A1M iaitu Artis 1 Malaysia.

Presiden YA1M,  Datuk DJ Dave berkata, dana yang diperoleh hasil penjualan itu akan akan disalurkan kepada pelakon, penyanyi dan pemuzik yang sakit, keluarga artis yang meninggal dunia dan mereka melebihi usia 60 tahun.

"Dalam usaha ini YA1M telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  untuk melaksanakan penjualan plat nombor khas ini untuk membantu golongan artis yang memerlukan bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran penjualan nombr plat itu yang diadakan di Tune Hotel Kuala Lumpur PWTC di sini pada Rabu.

Nombor plat khas itu dijual dari A1M 1 hingga AIM 1000 yang boleh dibida bermula Rabu (hari ini) sehingga 2 Oktober depan menerusi laman web www.plata1m.com.my

Dalam pada itu DJ Dave berkata, A1M juga boleh dibaca dalam bahasa Inggeris sebagai Aim iaitu sasaran.

Katanya, orang ramai yang dipilih sebagai pembida bertuah layak untuk menghadiri majlis makan malam bersama artis popular yang akan dikendalikan pihaknya nanti.

DJ Dave, YA1M

Artikel Sebelum

Azwan Kombos Tidak Bermaya

Artikel Berikut

Artikel Lain