suria

Percutian Nazim, Bella Cecah RM11,000 Satu Malam

Percutian Nazim dan Bella mendapat perhatian netizen di laman sosial. Foto Instagram: @nazimothman.

SELEPAS percutiaan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen mendapat perhatian kerana kos yang tinggi, kali ini giliran pasangan Nazim Othman dan Bella Dally pula menjadi bualan.

Jika Hairul dikritik kerana dikatakan berlagak menunjukkan kekayaan, berlainan pula dengan Nazim yang menerima komen positif mengenai percutiannya di Pulau Maldives.

Malah ruangan komen foto yang dikongsikan mereka berdua dipenuhi dengan puji-pujian mengenai keindahan pulau tersebut. 

Nazim dan Bella sambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka di Pulau Maldives. 

"Sangat cantik hingga tak terkata. Subhannallah," kata salah seorang pengikut Nazim. 

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah kos bagi resort penginapan mereka, Angsana Velavaru yang mencecah lebih RM11,000 bagi satu malam.

Namun menerusi  komen balas Nazim mengenai percutiannya di lokasi tersebut, dia hanya dapat lima tahun sekali sahaja. 

Pasangan ini menikmati percutian mereka sejak Isnin lalu. 

"Janganlah gitu wak... percutian macam ini cuma sekali setiap lima tahun tau," kata Nazim. 

Menerusi kapsyen setiap foto yang dikongsikan pasangan ini kelihatan sedang menikmati percutian sempena menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka di pulau tersebut sejak Isnin lalu.

Sebelum ini pernah timbul spekulasi yang mengatakan rumah tangga mereka bergolak namun kini terbukti perkahwinan mereka masih utuh lagi. 

The InOcean Sunrise Pool Villa ? @angsanavelavaruofficial

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Nazim Othman, Bella Dally

Artikel Sebelum

Fuh! Fazura Jumpa Selena Gomez

Artikel Berikut

Artikel Lain