suria

‘Apa Itu Cinta’ Singkap Kisah Romantik Selebriti

Izara Aishah dan Zul Ariffin turut berkongsi pengalaman dalam Apa Itu Cinta. Foto SURIA FM

MUSIM kedua program Apa Itu Cinta kendalian DJ Lin kembali menemui pendengar menerusi siaran radio Suria FM dan Facebook Suria Malaysia bermula 6 September lalu.

Pengurus Kanan, Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria, Shahida Azad Jamaludin berkata, sambutan hangat diberikan pendengar menerusi musim pertama program itu menjadi titik tolak penerbitan musim kedua ini.

"Musim pertama menyaksikan lebih 200,000 tontonan dan lebih 1.5 juta jangkauan penonton di Facebook dan YouTube.

"Berdasarkan penerimaan musim lepas, program ini pastinya mempunyai tempat tersendiri di hati peminat," ujarnya dalam satu kenyataan kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu masih terdapat ramai peminat yang menonton ulangan program Apa Itu Cinta musim pertama.

Hafiz Hamidun antara tetamu Apa Itu Cinta.

Katanya lagi, pihak Suria FM berharap program bual bicara kisah cinta selebriti popular itu akan mendapat sambutan hebat seperti musim terdahulu.

Antara selebriti diundang dalam pada musim kedua program itu ialah Nora Ariffin, Tajul dan Wany Hasrita.

Episod pertama musim kedua yang disiarkan pada minggu lepas menampilkan Hafiz Hamidun sebagai tetamu yang tampil berkongsi kisah cintanya.

Ia meraih lebih 125,000 tontonan di Facebook dan lebih 538,673 jangkauan penonton sejak ia mula disiarkan.

Program yang berlangsung selama satu jam pada setiap hari Rabu bermula pukul 10 malam itu menjanjikan pengisian terbaik.

DJ Lin, Suria FM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain