suria

Kamal Adli Tak Main-Main Lagi

Kamal Adli tidak meletakkan sasaran waktu untuk berkahwin.

PELAKON Kamal Adli tidak mahu terlalu terbuka untuk bercerita mengenai soal jodoh dengan aktres Emma Maembong.

Menurut Kamal, 31, dia bimbang peminat mula bosan dengan isu sama yang kerap dibangkitkan.

"Saya lebih selesa berdiam diri tentang hal ini kerana kalau kita asik bercakap tentang jodoh, orang jadi bosan dan haters makin bertambah pula.

Kamal tak mahu peminat bosan asik disoal tentang cinta.

"Secara zahirnya saya sudah bersedia untuk  berkahwin dan berserah kepada jodoh dan takdir.

"Malah, saya serius dan tak main-main dalam hubungan ini," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Kamal tidak menyalahkan peminat yang kerap bertanyakan soalan mengenai hubungan mereka.

Ujarnya, sebagai selebriti apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi perbualan netizen.

Kamal serius dalam perhubungan dan mempersiapkan diri sebelum memasuki alam perkahwinan.

"Saya tak salahkan orang yang bertanya kerana mereka mahu tengok kami bahagia dalam perhubungan.

"Cuma soal jodoh ini kita tak tahu dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami," katanya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Kamal bakal muncul dalam drama terbitan Suhan Movies berjudul Jangan Padam Rindu.

Drama 20 episod akan memulakan penggambaran pada hujung bulan ini dan bakal disiarkan menerusi saluran TVi.

Kamal Adli, Emma Maembong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain