PELAKON Datuk Hans Isaac menerima permohanan maaf yang dibuat oleh hos malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) iaitu Zizan Razak. Hans, 46, berkata dia sudah berbincang dengan pelawak tersebut dan mahu melupakan perkara yang terjadi pada malam Ahad. "Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia. "Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih," kata Hans kepada mStar Online. Imej Hans Isaac Terjejas Disindir Zizan Menurut Hans lagi, dia berharap peminatnya dan Zizan dapat menghormati satu sama lain dan tidak menggunakan kata-kata yang kasar di laman sosialnya. Malah, dia juga memuat naik video memaafkan Zizan di Instagramnya dan memberitahu isu antara mereka berdua juga sudah selesai. Harap semua ok guys @zizanrazak869 dgn saya dah ok dan dah bincang . Hope you guys pun semua ok ya . Salam ??. A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on Sep 24, 2017 at 9:38pm PDT "Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya. "Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata kasar. "Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan," ujarnya. Terdahulu menerusi laporan mStar Online pada Ahad, Hans meluahkan rasa kesal terhadap Zizan yang membuat lawak keterlaluan sehingga menjejaskan imejnya. Selain Hans, pelakon Datuk Eizlan Yusof juga turut terkena gurauan serupa. Dalam anugerah itu, Zizan secara berjenaka mengusik gelaran Datuk diperoleh pelakon berkenaan kononnya dibeli. Bagaimanapun, pelakon Abang Long Fadil 2 itu memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang berkecil hati di atas keterlanjuran kenyataannya.