suria

Aeril Zafrel Ditegur 'Bawa Uber' Tanpa Permit

Aeril memuat naik foto dengan status 'Need Uber? Call Me' di laman Twitter hanya sekadar gurauan semata-mata.

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto di laman Twitter dengan status Need Uber? Call Me (perlukan uber, sila hubungi saya) mendapat maklum balas daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Dia menerima jawapan balas tersebut setelah seorang pengguna Twitter dengan akaun @KhidirHazqil mengulang kicau (retweet) status tersebut di akaun @aduanSPAD.

Akaun rasmi SPAD itu menulis: "Tindakan boleh diambil jika kereta persendirian digunakan sebagai pengangkutan awam tanpa permit."

Aeril ketika dihubungi mStar Online menjelaskan foto yang dimuat naik itu hanyalah gurauan semata-mata.

Gambar swafoto Aeril menarik perhatian akaun aduan SPAD di laman Twitter.

Malah, dia tidak menyangka ada pengikutnya di laman Twitter yang mengambil serius mengenai foto tersebut.

"Gambar selfie di dalam kereta itu diambil semasa saya dan famili bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Niat saya sahaja nak bergurau dengan peminat, tak sangka pula ada yang ambil serius sehingga memetik akaun SPAD di foto tersebut.

"Mungkin peminat pun nak bergurau, maklumlah di alam maya ni macam-macam ragam ada," katanya kepada mStar Online.

Foto yang dimuat naik itu mendapat hampir 400 retweet dan rata-rata peminat meninggalkan komen gurauan kepada pelakon tampan ini.

Aeril bakal muncul dalam telefilem Mandatori (Astro First) dan Zahir Tak Terucap (TV3).

"Ini kalau buat uber, perempuan nak pusing 1 Malaysia agaknya," kata pemilik akaun bernama @SyafiqElfDrew.

Manakala, "nombor mana abang, nak telefon!," tulis akaun @naxny.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Aeril bakal memulakan penggambaran drama berjudul Zahir Tak Terucap untuk slot Zehra (TV3) bergandingan bersama pelakon Shahrul Ridzwan dan Raysha Rizrose.

Aeril Zafrel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain