PELAKON Aedy Ashraf mendedahkan ada peminat tanpa segan silu meminta foto kemaluannya di laman sosial. Bagaimanapun, Aedy atau nama sebenar Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 24, memberitahu dia tidak mempedulikan permintaan tidak masuk akal peminat tersebut. "Ada orang yang saya tidak kenali berani menghantar mesej peribadi di Instagram meminta gambar alat sulit saya. Aedy tayang badan di Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk. "Gila ke apa, permintaan melampau macam tu memang saya tak layan," katanya kepada mStar Online. Aedy menjelaskan niatnya memuat naik foto tidak berbaju di laman Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riyak. Sebaliknya, dia mahu memberi inspirasi kepada remaja lain agar tidak berputus asa mendapatkan bentuk tubuh idaman. "Bukan senang nak buat badan macam ini, memerlukan usaha dan semangat yang berterusan. "Setiap apa yang kita lakukan, mesti mahu lihat hasilnya, jadi apa yang dipaparkan di laman sosial adalah diri saya yang sebenar. "Dalam masa sama, saya harap dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk berusaha mendapatkan bentuk tubuh idaman," katanya. Aedy selesa dengan imej berambut panjang. Sementara itu, Aedy memaklumkan imejnya berambut panjang adalah untuk 'lari' daripada karakter kanak-kanak yang sudah sinonim dengan dirinya. Ujarnya, ada sesetengah penonton yang masih terbawa-bawa dengan karakter lakonannya dahulu. "Saya simpan rambut panjang kerana tak mahu kekal dengan watak kanak-kanak, bosanlah orang asik kaitkan dengan zaman itu. "Kalau boleh saya mahu watak yang lebih dewasa dan apabila berambut panjang begini boleh buat saya nampak lebih matang," katanya. ?? A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf) on Jun 2, 2017 at 12:40am PDT