BINTANG YouTube, Mark O'Dea sudah bersedia jika lakonannya menerusi Oh My English Level Up dikritik atau dibandingkan dengan pelakon Zain Saidin. Mark, 26, berkata sebagai personaliti televisyen dia juga tidak terlepas daripada dikecam dan dilemparkan dengan komen negatif apatah lagi dalam dunia digital ketika ini. "Watak saya baru diwujudkan dan karekter pun berbeza dengan watak yang dibawakan oleh Zain Saidin. "Tetapi saya sudah bersedia dan tidak kisah jika ada yang bandingkan lakonan sebab sebelum ini pun saya pernah dikritik di laman sosial. "Bagi saya, kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Mungkin ada yang tidak suka tetapi sekurang-kurangnya ada segelintir yang akan suka," kata Mark kepada mStar Online. Barisan pelakon yang menjayakan Oh My English Level Up. Mark memegang watak sebagai Mr. James Blond mengantikan watak cikgu kesayangan ramai penonton Oh My English iaitu Mr. Middleton lakonan Zain Saidin. Rancangan yang berdurasi selama 15 minit ini akan bersiaran di Astro TVIQ dan siaran serentak dalam definisi tinggi di Astro Maya HD. Dalam pada itu, Mark teruja apabila menerima tawaran membintangi rancangan Oh My English Level Up kerana ia merupakan peluang keemasan. Menurutnya, tawaran tersebut merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa Melayu. In case you didn't know yet , I'm going to be playing the new English teacher in the brand new Season of Oh My English! And the first two episodes begin tonight! You can expect silliness like this & a whole lot of fun ?? Oh My English 6:30 & 6:45PM (Double Episode) Astro Maya HD (Ch 135) & Astro TVIQ (Ch 610) A post shared by Mark Odea (@markodea8) on Sep 30, 2017 at 9:41pm PDT "Saya terima berlakon dalam rancangan ini kerana ia satu program yang sangat bagus dan di England pun jarang ada sitkom yang menyelitkan konsep pembelajaran seperti ini. "Memang sangat teruja kerana ia merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan produksi tempatan yang menghasilkan program berbahasa melayu. "Ini juga satu peluang untuk saya mengembangkan bakat lakonan saya," ujarnya. Sementara itu, menurut pemuda kelahiran England ini, dia memulakan kerjayanya di Malaysia empat tahu lalu sebagai hos program 8TV Quikie. Mark juga pernah terlibat program seperti Jinny Boy TV dan beberapa program berkonsep travelogue. Perkembangan lain, Mark akan sibuk dengan penggambaran sebuah program travelogue pada November depan. Kata Mark, menariknya program tersebut mencabarnya menjayakan misi pendakian ke Annapurna Base Camp (ABC) di Nepal.