suria

“Janganlah… Tak Lebih Daripada Itu” - Fattah

Fattah bimbang soalan mengenai Fazura membuatkan peminat salah faham. Foto Instagram: @fattahaminz

PELAKON Fattah Amin bimbang jika soalan yang diajukan kepadanya mengenai aktres Nur Fazura akan menimbulkan isu dan kemarahan dalam kalangan netizen.

Ditanya tentang sejauh mana hubungannya dengan Fazura, pelakon tinggi lampai ini seakan-akan cuba mengelak kerana bimbang jawapan itu disalah anggap peminat.

"Janganlah... nanti jadi isu baru pula! Saya dengan Fazura bersahabat sahaja, tak lebih daripada itu.

Peminat mengharapkan Fattah dan Fazura menjadi pasangan kekasih.

"Sejujurnya, saya selesa dengan dia kerana kami pernah berlakon bersama dan dia juga seorang sahabat yang baik," katanya kepada mStar Online.

Fattah Hantar 500 Kuntum Ros Buat Fazura

Pada hari ulang tahun kelahiran Fazura ke 34, pada 27 September lalu, Fattah menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar.

Bagaimanapun, pelakon Hero Seorang Cinderella ini menjelaskan hadiah tersebut merupakan tanda ingatan sebagai seorang sahabat.

Fattah menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar pada hari lahir Fazura.

"Kalau nak tahu, angka 500 kuntum bunga mawar itu tidak membawa apa-apa maksud, itu hanya hadiah tanda persahabatan kami.

"Kalau saya nak bagi dua kuntum sahaja pun tak ada masalah, tak tahulah macam mana boleh timbul idea nak bagi 500 kuntum tu.

"Sebelum ini dia pernah buat kejutan semasa hari jadi saya, jadi saya rasa perlu balas semula," katanya.

Gandingan mereka dalam drama Hero Seorang Cinderella mencipta fenomena.

Pada ulang tahun kelahiran Fattah yang ke 27 tahun pada 14 September lalu, Fazura telah menghadiahkan 50 kuntuman bunga mawar kepada Fattah ketika Fazura berada di New York, Amerika Syarikat.

Kisah perhubungan mereka mula menjadi perbualan hangat peminat ketika bergandingan bersama dalam drama Hero Seorang Cinderella arahan Michael Ang.

Fattah Amin, Fazura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain