suria

Boy Iman Punya Hal, Adam Shahz Terkena

Adam dan Boy Iman.

PENAHANAN pelakon Datuk Boy Iman berhubung penipuan projek pembinaan rumah turut membawa padah kepada aktor Adam Shahz yang dilantik menjadi jurucakap selebriti oleh usahawan itu.

Adam, 35, berkata, perkara itu menyebabkan dia terkena tempias dihina dan dikutik oleh netizen kononnya bersekongkol dengan Boy bagi menipu orang ramai.

"Saya menerima tawaran sebagai jurucakap untuk perkara berkaitan seni selepas terlibat dengan beberapa projek seni untuk projek berkaitan yang dilaksanakan oleh Boy.

"Saya tahu netizen kecam saya dan imej saya sudah pun terjejas. Tapi saya hanya menjadi jurucakap selebriti sahaja, ia hanya berkaitan seni, saya terlibat dengan projek teater Kontena 404 yang bakal dipentaskan bulan ini," ujarnya kepada mStar Online.

Bebas Hanya Beberapa Minit, Boy Iman Dicekup Semula

Adam tahu dirinya dikecam netizen yang kurang senang dengan penglibatannya dalam syarikat DBI.

Adam diminta mengulas penglibatannya dalam syarikat milik Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman yang ditahan pada Isnin lalu.

“Saya Sendiri Sedih” - Nassier Komen Boy Iman Ditahan

Boy Iman atau Norul Iman Abdul Rahman ditahan bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Tambah Adam, dia tidak boleh memberi sebarang komen berkaitan perkara tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

"Saya tidak tahu apa-apa berkaitan perniagaan mereka dan tidak boleh beri komen tentang itu.

"Biar pihak berkuasa dan mahkamah yang menentukan siapa betul dan salah," ujarnya

Adam Shahz, DBI Properties

Artikel Lain