suria

Facebook Temukan Cinta Jalaluddin Hassan, Ibu Tunggal

Jalaluddin Hassan dah nak kahwin. FOTO: Shaari Che Mat.

SELEPAS hampir setahun isteri meninggal dunia, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan memutuskan untuk berkahwin lain bagi menghilangkan rasa sunyi dalam hidupnya. 

Jalaluddin, 63, berkata, beliau kini dalam proses mengenali hati budi seorang ibu tunggal berusia 44 tahun, adik kepada rakan baiknya yang dikenali pada bulan Ramadan lalu. 

"Sewaktu bulan puasa hari tu, saya menghantar ucapan selamat menyambut bulan Ramadan kepadanya melalui laman Facebook. 

"Selepas itu, kami bertemu buat kali pertama di rumah terbuka kawan baik saya," ujarnya kepada mStar Online. 

Jalaluddin Hassan Sifatkan Arwah Isteri Wanita Terbaik

Beliau ditemui ketika majlis pelancaran teater Bahara Emas di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Isnin.

Gambar kenangan Jalaluddin Hassan bersama arwah isterinya. 

Menurut Jalaluddin, beliau sama sekali tidak menyangka wanita itu merupakan adik kepada kawan karibnya. 

Malah dia juga sempat berkongsi gambar wanita itu dengan wartawan selain memberitahu wanita yang berasal dari Melaka itu bermula dengan huruf Y. 

Ketika diajukan mengenai perancangan berumah tangga, beliau menjelaskan sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya itu. 

"Saya dah bersedia untuk kahwin tapi saya mahu tunggu cukup tempoh setahun lepas kematian arwah isteri saya. 

"Tapi kalau nasihat ayah saya, sekarang juga dia mahu saya kahwin," katanya dalam nada berseloroh. 

Isteri Jalaluddin iaitu Datin Hashimah Mad Ehsan meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair. 

Mereka mendirikan rumah tangga selama 40 tahun dan memiliki lapan orang anak dan 14 cucu. 

Jalaluddin Hassan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pelakon Beego Hilang Ayah

Artikel Lain