suria

“Saya Juga Nekad Mahu Cerai”- Joy Revfa

Joy Revfa serik bersuamikan Hafiz Hamidun. FOTO: Rohaizat Darus

SHAH ALAM: Usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau lebih dikenali Joy Revfa nekad memilih untuk meneruskan penceraian dengan penyanyi Hafiz Hamidun. 

Menurut Joy, jika mahkamah memutuskan pernikahannya dengan Hafiz sah sekali pun, dia tetap dengan keputusan menamatkan perkahwinan tersebut kerana menganggap dia bersuamikan individu tidak bertanggungjawab. 

"Apa guna kalau bergelar suami-isteri sedangkan tiada lagi perasaan sayang itu. Cukuplah! Ini pengajaran untuk saya. 

"Secara peribadi dia bukan seorang suami yang bertanggungjawab. Dia sepatutnya berada di sisi saya, bukannya melarikan diri apabila timbul isu begini. 

Dengan Nama Allah Joy ‘Bersama’, Hafiz Kata Tidak!

"Saya tak mahu ulas mengenai soal hubungan kami sebagai suami dan isteri kerana ia hanya akan memalukan dia. Syukur, dia dah failkan penceraian terhadap saya," katanya kepada mStar Online. 

Joy ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat urusan Merve di Shah Alam, pada Khamis. 

Air mata Joy.

Turut hadir ialah peguam syarie mewakili Joy iaitu Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Ibunya Safiah Abbas dan kakaknya Diana Sofia turut kelihatan. 

Sebelum ini Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 November depan untuk sebutan kes faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu. 

Permohonan itu dibuat selepas Hafiz meragui perkahwinan mereka kerana semasa bernikah, tiada dokumen perceraian Joy dengan suami pertamanya disertakan.

Ketika Joy melakukan sidang medianya pada Khamis, Hafiz terlebih awal memfailkan permohonan untuk bercerai dengan Joy yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dengan menyenaraikan enam sebab kenapa dia berbuat demikian.  

Sementara itu, Joy memaklumkan Hafiz cuba mengelakkan diri ketika diajak berbincang mengenai status perkahwinan mereka.

Joy Buat Sidang Media, Hafiz Fail Cerai

Joy (dua dari kiri) bersama peguam (kiri) dan ibu serta kakaknya.

"Saya telah berusaha menghubungi Hafiz, namun dia tidak mengambil peduli mengenai masalah rumah tangga mereka.  

"Sejujurnya, selalu mesej minta dia berdamai, tapi dia tak layan. Itu yang saya kesal kerana dia tak mahu bincang secara baik," katanya. 

Dalam sidang media tersebut, Joy turut memaklumkan Hafiz sebelum ini berkeras ingin meneruskan perkahwinan meskipun sudah mengetahui dia masih belum menerima surat penceraian yang sah.  

Malah, Hafiz berjanji untuk menyelesaikan isu penceraian terdahulunya. 

"Saya tolak lamaran pertama kerana saya masih belum mendaftarkan perceraian tapi dia tetap nak berkahwin.

Gambar kenangan semasa Hafiz dan Joy dinikahkan. 

"Dia kata dia boleh selesaikan isu ini selepas pernikahan, malah ibu saya percaya Hafiz mampu membimbing saya dan akhirnya kami menerima lamaran Hafiz Hamidun," katanya. 

Dalam sidang media yang sama Joy berkata, sepanjang perkahwinan termasuk ketika berbulan madu di Taiwan bagi menjayakan sebuah program terbitan Astro, mereka tidak pernah melakukan hubungan kelamin kerana kegagalan Hafiz memberikan nafkah batin.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. 

Pada Selasa lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan perceraian Joy dengan Mohd Rayos Abdul Rahim suami perkahwinan pertamanya jatuh talak satu yang berlaku dua tahun lalu. 

Mereka bernikah di Selatan Thailand pada 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus kini berusia tiga tahun.

Joy Revfa, Hafiz Hamidun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain