suria

Falisha Crossley Dikurniakan Puteri Sulung

Falisha dan suami berkahwin pada awal Januari lalu selepas setahun bercinta. Foto Instagram @falishacrossley.

PELAKON Falisha Crossley selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4.11 petang pada Jumaat. 

Falisha, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata. 

Menurut Falisha, dia memilih nama Nur Raysha Mikhayla untuk anaknya yang merupakan gabungan namanya dan juga suami, Mohamad Rafiq, 32. 

"Alhamdulillah, Nur Raysha Mikhayla Bt Mohamad Rafiq. Nur - cahaya, Raysha - gabungan nama mummy dan daddy Rafiq + Falisha yang membawa maksud puteri/pemimpin. 

"Mikhayla - anugerah Allah. Lahir Jumaat, 6 Oktober 2017, 4.11 petang, 3.25 kilogram," kata Falisha. 

Falisha berkongsi wajah bayi sulungnya di Instagram.

Ruang komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Falisha serta bayinya dalam keadaan sihat. 

"Alhamdulillah, tahniah @falishacrossley dan suami. Semoga jadi anak soleha ibu dan baby sihat selalu ya," kata salah seorang pengikut di Instagramnya. 

Terdahulu, Falisha dan Rafiq yang merupakan seorang juruterbang mengikat tali pertunangan pada 27 Ogos tahun lalu. 

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Januari di Masjid Darul Hana, Kuching selepas genap setahun menjalinkan hubungan cinta.

Falisha Crossley

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain