suria

Amyra Rosli Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki pada Ahad. Foto Instagram @amarbaharin

PETALING JAYA: Pelakon Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 12.07 tengah hari pada Ahad.

Ibu Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad ketika dihubungi memberitahu Amyra bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah Amyra selamat melahirkan cahaya mata pertama secara normal dan keadaannya baik walaupun masih lemah.

"Sepatutnya Amyra bersalin pada 25 Oktober tetapi nampaknya baby tak sabar nak keluar lebih awal.

"Apa-apa pun ibu dan anak berada dalam keadaan sihat," katanya.

Amar dan Amyra memuat naik gambar yang memperlihatkan tangan anak mereka di Instagram buat tatapan peminat.

Noor Zaridah atau lebih mesra dengan sapaan Kak Noor berkata, suami Amyra iaitu pelakon Amar Baharin paling gembira dengan kehadiran bayi mereka dan kini sedang sibuk menguruskan keperluan isteri dan anak mereka.

Ditanya mengenai nama cucunya, Kak Noor berkata, dia membiarkan Amar dan Amyra yang membuat pengumuman mengenai perkara itu nanti.

Sementara itu, Amyra menerusi Instagram turut memuat naik gambar anaknya selain berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan dirinya dan kelurga.

"Alhamdulillah... “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yang baru lahir, dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.

"Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami," tulisnya.

Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Amyra Rosli, Amar Baharin

Artikel Sebelum

Dua Amir Terpaksa Gigit Jari

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan