NAMPAKNYA seakan-akan sudah menjadi trend dalam kalangan pasangan selebriti untuk mewujudkan laman sosial untuk anak masing-masing. Begitu juga dengan pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli yang telah mendaftarkan laman Instagram bayi mereka dengan nama akaun @amyramarjr. Laman Instagram tersebut telah mengumpul lebih 36,000 pengikut semenjak ia didaftarkan pada 30 Mac lepas. Amyra Rosli Selamat Bersalin Bayi Lelaki Amar dan Amyra telah mewujudkan laman Instagram anak mereka @amyramarjr sejak beberapa bulan yang lalu. Malah, angka pengikut kian bertambah selepas bayi tersebut selamat dilahirkan pada 15 Oktober lalu dengan foto tangan bayi tersebut mengenggam jari Amar, mendapat lebih 11,000 tanda suka. Amar bagaimanapun belum bersedia mendedahkan foto wajah dan nama anak sulung mereka ini. Keterujaan tersebut bukan sahaja dirasai oleh pasangan selebriti ini, ia turut dikongsi oleh peminat yang meninggalkan komen tidak sabar untuk melihat wajah si comel tersebut. "Baby, tak sabar mahu lihat wajahmu," tulis akaun @emyliapareeth. "Tahniah, selamat datang ke dunia," ucap @nurfarzanaaa._ "Alhamdulillah! Tahniah sayang. Moga cepat sembuh dan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Amin," tulis @adreaabdullah_ pula. اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ،أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ، أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اللهِ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ، حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ، حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللهُ أَكْبَرُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ 15 October 2017 #Alhamdulillah #AmyramarJr A post shared by Amyramar Jr. (@amyramarjr) on Oct 15, 2017 at 2:43am PDT "Baby, tak sabar mahu lihat wajahmu," tulis akaun @emyliapareeth. "Tahniah, selamat datang ke dunia," ucap @nurfarzanaaa._ "Alhamdulillah! Tahniah sayang. Moga cepat sembuh dan bayi dalam keadaan baik dan sihat. Amin," tulis @adreaabdullah_ pula. Amyra Rosli selamat melahirkan bayi lelaki secara normal kira-kira pukul 12.07 tengah hari Ahad lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.