suria

“Cubalah Kalau Nak Cari Nahas!” – Isteri Aaron Aziz

Isteri yang juga pengurus kepada Aaron Aziz iaitu Diyana Halik tidak membenarkan suaminya itu berlakon dalam filem aksi buat sementara waktu. Foto Instagram @aarondwiaziz

ISTERI kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik tidak membenarkan suaminya itu berlakon dalam mana-mana filem bergenre aksi buat masa ini.

Diyana yang juga pengurus Aaron berkata, penyakit saraf membabitkan urat di bahu kiri dialami suaminya sebelum ini masih belum pulih sepenuhnya dan enggan sebarang masalah lebih parah berlaku.

"Sebelum ini tiga bulan Aaron tidak boleh menjalani penggambaran kerana penyakit itu dan sekarang Alhamdulillah semakin pulih namun masih perlu berhati-hati agar ia tidak berulang.

"Jika Aaron tetap berdegil dia mungkin tak boleh berlakon untuk tempoh enam bulan dan lebih baik dia berehat sekarang.

Kesihatan Aaron kini semakin pulih.

"Saya tak benarkan, kalau nak mahu cari nahas cubalah ambik," katanya.

Aaron dan Diyana ditemui pada majlis pelancaran syarikat pengurusan artis iaitu Rocket Fuel Entertainment yang diadakan pada Khamis.

Selain Aaron, turut membarisi sebagai artis naungan syarikat itu adalah Lisa Surihani, Zizan Razak, Hisyam Hamid, Syamel, Stacy, Hazama dan Sufi Rashid.

Dalam pada itu, Aaron berkata, dia kini sedang berehat bagi memberikan tumpuan kepada kesihatannya selain menjalani rawatan dan urutan secara tradisional.

Katanya, dia akur dengan keadaan kesihatannya namun berazam untuk kembali pulih sepenuhnya memandangkan jadualnya padat sehingga Oktober tahun hadapan.

Jadual Aaron padat sehingga Oktober tahun hadapan.

"Penyakit ini berulang kalau saya tidak jaga betul-betul dan kalau diikutkan saya mahu sahaja terima tawaran filem aksi tetapi memikirkan jangka panjang saya terpaksa tolak beberapa projek.

"Sekarang saya banyak berehat sehingga akhir tahun kerana bermula tahun hadapan jadual saya padat sehingga Oktober," katanya.

Aaron sebelum ini mendedahkan dia mula mengalami penyakit itu sekitar 2012 dan ia menjadi serius ketika dia mahu mendukung anaknya pada awal tahun ini.

Ketika kejadian bahu dan tangan kirinya berasa kebas dan doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan namun dia enggan dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan.

Aaron Aziz, Diyana Halik

Artikel Sebelum

Kamal Adli Menang RM100,000

Artikel Berikut

Artikel Lain