suria

Sang Tedung Masuk Rumah Raja Azmi

Raja Azmi bersama pasukan JPAM yang berjaya menangkap ular tedung.

KELUARGA penerbit filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman gempar apabila kediaman mereka di Ulu Klang dimasuki seekor ular tedung pada awal pagi Khamis.

Raja Azmi berkata, kehadiran reptilia itu disedari oleh pembantu rumahnya yang keluar untuk menyidai kain di belakang rumah.

"Terkejut dan panik apabila pembantu rumah tiba-tiba menjerit selepas melihat seekor ular tedung memasuki rumah saya menerusi pintu belakang.

"Mungkin juga banyak barang lama yang diletakkan di belakang rumah membuatkan dia menyorok di situ ditambah pula musim hujan sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Raja Azmi

Selebriti berusia 57 tahun itu berkata, dia segera menghubungi pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mencari dan menangkap haiwan berbisa itu.

Ular jenis anak tedung berbisa itu ditemui selepas hampir setengah jam pencarian.

Tambah penerbit filem Anu Dalam Botol itu, dia turut dimaklumkan bahawa banyak aduan berkaitan kejadian yang sama berlaku di kawasan itu.

"Saya tunggu mereka cari sampai jumpa kerana ular itu berbisa dan mereka kata sekarang memang banyak kejadian ular masuk rumah di kawasan ini.

"Kawasan rumah saya ini dekat tapak pembinaan dan ia mungkin menyebabkan reptilia seperti ular muncul di kawasan perumahan," ujarnya.

Raja Azmi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain