suria

“Saya Dah Muak” - Aiman Tino

Aiman tidak mahu mengambil pusing mengenai netizen. Foto: LOW LAY PHON.

PENYANYI Aiman Tino mengakui bosan dengan kritikan dan komen netizen yang sentiasa mempertikaikan apa sahaja dilakukannya.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 19, menganggap kehidupan netizen tidak pernah tenang sekali gus ia menyebabkan mereka gemar mencari kesalahan orang lain.

"Bagi saya dah rasa muak dan bosan dengan netizen. Mereka nak cakap apa, cakap lah. Saya dah tak kisah.

foto yang dimuat naik akaun palsu yang mempertikaikan kisah kehidupan Aiman menjadi dokumentari di Majalah 3. 

"Ada saja nak cari kesalahan orang. Agaknya kehidupan mereka tidak pernah tenang kot," kata Aiman ketika dihubungi mStar Online.

Aiman diminta mengulas kritikan netizen mengenai dokumentari yang mengisahkan kehidupannya yang bersiaran di Majalah 3 pada Isnin.

Rata-rata netizen mempertikaikan kisah kehidupan Aiman yang belum layak untuk dijadikan dokumentari di program yang berkonsepkan sejarah.

Menurut Aiman, program tersebut tidak semestinya menceritakan sejarah sahaja dan pernah ada kisah selebriti lain juga.

Jangan Lupa Buka Tv3 Pukul 9:00 pm ni .?

A post shared by Manno (@official_aimantino) on

Menerusi program yang bersiaran di TV3 itu, Aiman berkongsi perjalanan serta kehidupannya bersama keluarga.

"Tak semestinya Majalah 3 mengisahkan tentang sejarah sahaja. Ada juga kehidupan selebriti lain yang pernah disiarkan.

"Kali ini giliran saya pula berkongsi perjalanan kehidupan saya bersama ibubapa dan fokus dalam bidang nyanyian," ujarnya.

Aiman Tino

Artikel Berikut

Artikel Lain