PELAKON Anzalna Nasir mendedahkan suaminya tidak pernah campur tangan dalam urusan penampilan dan penjagaan kecantikannya kecuali dalam satu perkara. Anzalna berkata, Muhammad Hanif tidak membenarkannya untuk memotong rambut pendek. Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 29, berkata dia hanya pernah berambut pendek ketika menuntut di kolej. "Suami saya tak bagi potong rambut. Saya pernah potong juga tapi sekadar buang hujung rambut yang rosak. "Kali terakhir saya berambut pendek ketika belajar di kolej dan itu kali terakhir. Tapi tidaklah terlalu pendek," kata Anzalna kepada mStar Online. Anzalna dan suami bercuti di Jepun pada penghujung tahun ini. Foto Instagram: @anzalnanasir. Menyentuh tentang cahaya mata, Anzalna berkata dia dan suami tidak berasa tertekan walaupun ramai yang bertanyakan perkara tersebut. Malah, kedua-dua belah keluarga mereka juga menggalakkan untuk menghabiskan masa berdua terlebih dahulu. "Saya baru sahaja kahwin dan kedua-dua belah keluarga ada cakap ini adalah waktu untuk berseronok dulu. Anzalna Nasir. "Nak melancong, pergilah. Sebenarnya keluarga yang banyak mendorong pergi bercuti selagi belum ada anak. "Tapi bila ada anak nanti pun boleh pergi lagi cuma waktu ini untuk kami berdua bersama," ujarnya. Anzalna dan Hanif berkahwin pada 21 Februari 2016 di Hotel Seri Pacific selepas berkenalan lebih 10 tahun. Dalam perkembangan lain, Anzalna baru melancarkan produk penjagaan wajah Bye Bye Zits berkolaborasi dengan produser Global Station Sdn Bhd, Adila dan Alia Ramly. Menjelang cuti persekolahan pada hujung tahun ini, Anzalna merancang untuk melancong ke Jepun bersama keluarganya.