suria

Ada Sebab Lufya Keluar Rumah Dalam Pantang

Lufya keluar rumah ketika dalam pantang dapat perhatian netizen.

PETALING JAYA: Penyanyi Lufya Omar menjelaskan dia keluar rumah ketika masih lagi dalam tempoh berpantang selepas bersalin pada 11 November lalu kerana ingin mencari barang anak perempuannya.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, dia hanya mengambil masa sejam untuk keluar mencari keperluan bayi sambil dibantu oleh ahli keluarga lain.

"Saya masih menjaga diri dalam tempoh pantang, cuma satu jam sahaja saya keluar untuk cari barang keperluan anak saya.

"Macam mana pun hanya saya yang tahu barang terbaik untuk dibeli. Ketika itu saya juga tidak banyak bergerak hanya turut untuk memilih barang sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Lufya melahirkan bayi sulung pada 11 November lalu.

Lufya diminta mengulas tindakannya keluar membeli belah dalam tempoh masih berpantang mendapat kritikan netizen.

Sementara itu, Lufya berkata, dia juga mengambil kesempatan itu untuk mengambil udara dan melihat persekitaran selepas berkurung di rumah.

Bagaimanapun, dia berterima kasih kepada peminat yang memberi nasihat dan prihatin terhadap kesihatannya.

"Saya lebih stress kalau tidak dapat tengok persekitaran luar. Terima kasih kepada semua yang memberi nasihat ikhlas," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman sebagai ibu, Lufya berkata, banyak perkara baharu yang dipelajari dalam membesarkan bayi sulungnya itu.

Katanya, cabaran yang dilalui itu membuatkan dia lebih menghargai pengorbanan ibunya.

"Banyak cabaran yang saya lalui seperti tak tidur malam, belajar banyak tentang penjagaan bayi danbanyak lagi. Bagaimanapun, perkara itu membuatkan saya lebih menghargai ibu kita sendiri," ujarnya.

Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, berkahwin pada 26 November 2016. Pasangan ini memilih nama Laana Haura untuk bayi perempuan itu yang kini berusia 19 hari.

Lufya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain