suria

“Cukuplah!” - Afifah Nasir

Afifah kini lebih matang dan mahu fokus dengan karier lakonan yang diceburi. Foto: IZZRAFIQ ALIAS / The Star

PELAKON Nur Afifah Nasir enggan lagi mengulas mengenai kontroversi membabitkan dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz.

Afifah, 24, berkata, dia tidak mahu lagi bercakap tentang perkara yang telah berlaku dan menganggap ia sebagai pengajaran terbesar dalam hidup sepanjang bergelar selebriti.

"Cukuplah, saya tak mahu ulas lagi tentang hal lalu. Saya sudah move on dan tak mahu toleh belakang lagi.

Afifah Dah 'Move On', Bukan Sindir Bella

Afifah akan lebih berhati-hati dalam pergaulan selepas ini.

"Apa yang boleh saya kata, kejadian hitam lalu adalah pengajaran terbesar dalam hidup saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati," katanya kepada mStar Online.

Afifah ditemui di pelancaran Drama Ensiklopedia Perniagaan Pertama Chor dan Chah 2 di Pejabat SME Corporation, Platinum Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Turut hadir pada pelancaran tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Penerbit Suhan Movie Sdn Bhd, Datuk Rosyam Nor.

Drama arahan Kas Roshan ini akan ditayangkan di laman YouTube Chor dan Chah setiap hari Selasa hingga Khamis jam 12 tengahari bermula 5 Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut hadir semasa pelancaran drama Chor dan Chah 2, yang berlangsung di pejabat SME Corp Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain Afifah, drama ini turut dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Ruhainies, Hafreez Adam, Luqman Hafidz, Kazar Saisi dan Haleeda Mazlin.

Dalam pada itu, pelakon drama Aku Bukan Bimbo ini berkata, dia kini lebih serius dalam lakonan dan enggan terpalit dengan kontroversi murahan.

Malah, adik kepada pelakon Anzalna Nasir ini memaklumkan rezekinya dalam bidang ini tidak terganggu gara-gara kontroversi lalu.

"Sekarang ini saya cuma nak fokus dengan lakonan dan tak mahu lagi terbabit dengan isu-isu negatif, cukuplah apa yang telah berlaku.

"Alhamdulillah, kontroversi yang pernah terjadi dahulu, sedikit pun tidak mengganggu kerjaya saya dan rezeki dalam bidang ini masih ada," katanya.

Dunia hiburan sebelum ini dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Bella bersama ibunya dikatakan berjaya menemui Aliff namun dia didapati bersama seorang wanita iaitu Afifah di pusat hiburan berkenaan.

Artikel Sebelum

Akaun 3 Juta Janna Nick Digodam

Artikel Berikut

Artikel Lain