SUAMI kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz meluahkan rasa rindu kepada anak kandungnya hasil perkahwinan pertama iaitu Mohamed Nedrin atau Dre. Nedim menerusi laman sosial Instagram memuat naik rakaman ucapan ulang tahun kelahiran Dre yang ke-6. "Hari ini hari jadi Dre. Selamat hari lahir sayang Daddy. Kamu sudah besar sekarang. Daddy bangga dengan pencapaian kamu, yakinlah Daddy akan lawan untuk dapatkan hak kamu kembali kepada Daddy. "Tiga bulan tak berhubungan dengan Daddy kerana disekat untuk bercakap dengan Daddy tapi jangan risau nanti kita akan sambut kembali hari lahir awak okay sayang. Daddy rindu kamu," tulisnya di akaun @boss_ned. Nora Danish turut memuat naik status merindui Dre di Instagram. Foto Instagram @noradanish Video yang di muat naik sejak semalam (Sabtu) itu mendapat lebih 200,000 tontonan dan lebih 700 komen daripada pengikut. Turut kelihatan, pelakon Nora Danish dalam rakaman video tersebut. Rata-rata pengikut laman tersebut turut menyatakan rindu kepada Dre dan berharap kanak-kanak lelaki tersebut diberi peluang untuk bertemu dengan bapanya. "Selamat hari jadi Dre! Kamu sangat kuat Nedim! I must have been crying so badly. Insya Allah.. your right. Allah ada. Banyakkan berdoa. Rindu nak tengok Dre punya video!," komen azreenafzanHappy. Nedim bersama Nora dan anaknya, Rayqal. "Tengok video ni walaupun daddy bagi ucapan tak menangis tapi riak wajah dah tau dalam hati seorang ayah @boss_ned semoga kuat," tulis asikinarshadsedey. "Allah... Aku yang jadi sebak. Aku yang bukan sesiapa ni pun rindu pada Dre. Apatah lagi ayahnya. Semoga Allah permudahkan semuanya. Semoga Dre cepat-cepat dapat jumpa ayah ya!," tulis faizamarazlen pula. Nedim sebelum ini pernah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 dan bercerai pada 2013. Dia kemudian berkahwin dengan Nora pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun bercinta. Nora sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal berusia lapan tahun. Today is my son Dre's birthday , Happy 6th birthday Sayang Daddy , you are a big boy now , I'm so proud of what you have achieved, rest assured that I will fight to the end to get justice for you to be able to come back to daddy , it's been 3month since you have been blocked from calling or speaking to me , but don't worry sweetheart, when you come back we will celebrate your birthday again okay sayang daddy ❤ , I miss you so much ? #nnfatherandson A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on Nov 30, 2017 at 8:10am PST