PELAKON Norman Hakim berkongsi kegembiraan di Instagram miliknya memaklumkan mengenai kehamilan isteri yang juga pelakon Memey Suhaiza pada pagi Isnin. Menerusi entri di laman tersebut, Norman berkata dia merupakan individu terakhir mengetahui mengenai kehamilan isterinya itu. "Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu, mama Abby Abadi, abah Jai Ezzany dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni. "They just kept it as a surprise. Memang mummy Memey Suhaiza nak tunggu masa Jumaat untuk beritahu tentang kehamilan ini," tulisnya. Status yang dimuat naik Norman memaklumkan mengenai kehamilan Memey. Foto Instagram @normanhakim_786 Dalam pada itu, Norman mengakui sudah dapat merasakan Memey sedang hamil sejak dua minggu lalu. Malah, dia turut mengalami simptom 'pembawakan budak' yang pernah dialami semasa kehamilan anak terdahulu. "Tak tau nak cakap macam mana, tapi macam boleh rasa 'pembawakan' tu sejak dua minggu yang lepas.'Rasa' tu tak pernah bohong. Kali ni 'rasa' macam masa Marisa Dania dalam kandungan dulu. Memey semasa melakukan imbasan ultra bunyi di sebuah klinik. "Lebih kepada diri sendiri yang 'kena' berbanding ibu mengandung. Tak nak cerita kat sini, biarlah mummy dia cerita sendiri," luahnya yang bakal menimang cahaya mata keenam. Norman memuat naik status tersebut bersama foto memaparkan sekeping surat yang dihantar oleh Memey bersama nota dan dikepilkan alat ujian kehamilan. "Assalamualaikum, Hi suami. Tahniah.. Hehe.. Dah ready untuk next anak? Doakan semoga semuanya dipermudahkan macam sebelum-sebelum ini. Terima kasih jaga sayang selalu dengan baik," tulis Memey. Keluarga besar Norman Hakim dan Abby Abadi. Bagaimanapun, Norman tidak menyatakan usia kandungan isterinya itu. Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun. Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, hasil perkahwinan dengan Memey, 29.