suria

Upiak Isil Tak Tolak Lelaki Malaysia

Upiak tidak menolak andai dijodohkan dengan lelaki Malaysia. Foto: SYED AZAMUDDEN / The Star

PENYANYI asal lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil memberitahu dia tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki dari negara ini.

Menurut Upiak atau nama sebenar Silvia Nanda, dia sentiasa terbuka dalam soal jodoh dan bersedia bersuamikan orang Malaysia.

"Kalau jodoh saya dengan orang Malaysia pun boleh saja, asalkan dia benar-benar ikhlas menyayangi dan mahu menjadikan saya isteri.

Upiak juga merupakan seorang pelawak di Padang, Indonesia.

"Orang sini pun baik-baik dan soal jodoh saya letakkan sepenuhnya kepada ketentuan tuhan," katanya kepada mStar Online.

Penyanyi berusia 32 tahun ini pernah berkahwin pada tahun 2013, namun berpisah dua tahun kemudian.

Dalam pada itu, Upiak turut mengakui ada lelaki yang cuba menghampirinya setelah namanya dikenali.

Upiak tidak serik untuk bersuami lagi.

Malah dia menerima banyak mesej peribadi daripada individu yang tidak dikenali di laman sosial yang mahu berkenalan dengannya.

"Ada yang berani hantar mesej di Instagram dan menyatakan hasrat mahu berkawan dengan saya.

"Lebih lucu, lelaki yang saya pernah kenal dahulu, tiba-tiba mesej bertanya khabar dan ingin tahu perkembangan terkini tentang saya," katanya yang tidak menolak untuk terus menetap di negara ini.

Upiak bersama Pengarah Urusan MVM Production, Bratt Bob (kiri) dan Pengurus Besar MVM, Hadi Rumnan (kanan).

Upiak berada di Malaysia bagi mempromosikan lagu Tak Tun Tuang dan sehingga kini muzik video lagu tersebut menerima lebih tiga juta tontonan di laman Youtube MVM Production.

Penyanyi berasal dari Padang, Indonesia ini memulakan karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun dan merakamkan album sulung ketika berusia 21 tahun. Sehingga kini dia memiliki 19 buah album.

Upiak Isil

Artikel Sebelum

Artikel Lain