suria

“Melainkan Penonton Boikot” - Amerul Affendi

Amerul akur pihak produksi berhak memilih pelakon yang mereka mahukan. Foto Instagram: @amerulaffendi.

PELAKON Amerul Affendi berpendapat bahawa pihak produksi yang mengeluarkan kos untuk sesebuah drama berhak untuk memilih pelakon yang mereka mahukan.

Amerul Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 30, berkata dia tidak mampu mengubah apa-apa melainkan penonton yang memilih untuk melihat kualiti dan bakat berbanding bilangan pengikut laman sosial.

"Orang yang keluar duit itu bukan kita. Mereka ada hak untuk memilih siapa pelakon yang mereka mahukan.

"Jadi, kita tak boleh nak buat apa. Melainkan penonton sendiri yang boikot dan mahukan pelakon berbakat berbanding pengikut yang ramai," kata Amerul kepada mStar Online.

Amerul ditemui ketika sidang media dan pra-tonton drama bersiri Mandatori di GSC, Pavilion pada Rabu lalu.

Amerul Affendi.

Terdahulu, dalam laporan mStar Online pada 17 November 2016, Amerul berasa kecewa apabila namanya sering digugurkan oleh sebuah stesen televisyen jika dicadangkan untuk terlibat dalam drama yang akan disiarkan stesen tersebut.

Amerul Affendi Akur Dipinggirkan Stesen TV Kerana Tidak Kacak

Bagaimanapun dia dia akur kerana tidak mempunyai kriteria yang diperlukan oleh stesen televisyen berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Amerul sibuk dengan pembinaan sebuah madrasah di kampung halamannya, Temerloh, Pahang yang dijangka akan beroperasi pada tahun depan.

Menurut Amerul, tujuan dia membina madrasah tersebut untuk memberi peluang pada penduduk pendalaman yang tidak berkemampuan.

"Alhamdulillah, madrasah tersebut sudah siap dalam 60 peratus dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun depan.

"Buat masa ini sasaran utama adalah penduduk di kawasan kampung halaman saya yang tidak berkemampuan untuk menghantar anak ke sekolah," ujarnya.

Kata Amerul madrasah tersebut berteraskan keagamaan namun ada juga aktiviti kesenian seperti teater, muzik dan sebagainya.

Amerul Affendi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain