GARA-GARA memakai baju dengan logo Muslim Care, kumpulan nasyid terkenal, Unic ditahan pihak berkuasa di Turki. UNIC yang dianggotai tiga orang ahli, Bazli, Najdi dan Fakhrul ditahan untuk siasatan berhubung misi dan tujuan mereka memasuki dan menghantar bantuan ke negara Syria. Menerusi perkongsian di laman Instagram rasmi UNIC Official, kumpulan ini memuat naik status terbaharu berkaitan penahanan mereka sejak Khamis lalu. "Kami ditahan atas prosedur biasa kerana laluan yang kami lalu itu merupakan 'laluan tikus' untuk masuk ke Syria. Unic dalam perjalanan menghantar bantuan kepada rakyat Syria. "Kebetulan kita pakai baju Muslim Care, sebab itu kami ditahan serta alat stabilizer yang dibawa disangka senjata semasa imbasan di lapangan terbang," cerita Fakhrul. Dalam pada itu, Unic turut mengucapkan terima kasih atas doa rakyat Malaysia dan mengharapkan bantuan tersebut dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. "Maaf kerana lambat update perkembangan terkini tentang penahanan kami. Alhamdulillah, kami sudah dibebaskan. "Terima kasih atas doa kalian dan sekarang kami sudah selamat sampai di Istanbul, moga perjalanan ini dipermudahkan," kata Najdi pula. UNIC semasa lawatan ke sekolah anak-anak Syria milik Muslim Care di Turki. Rakaman video terbaharu pembebasan mereka pada pagi Jumaat melegakan peminat dan pengikut yang sedari semalam menantikan perkembangan terkini. "We're glad you guys are okay bro. Alhamdulillah... Tak apa. Segala yang jadi ada hikmahnya. Kita mampu merancang. Allah maha segala penentu," kata aiman_amia. "Yang penting semuanya selamat. Alhamdulillah. Lepas ni kena lebih peka dan berhati-hati. Semoga segala urusan di sana dipermudahkan," tulis sincerely.nj pula. Terdahulu, kumpulan ini menyedari pasport mereka ditanda cop oleh pihak imigresen Turki untuk dirujuk di balai polis berdekatan. "Dekat passport kami semua baru perasan ada cop perlu rujuk balai polis kerana disyaki masuk Syria secara haram atas misi bantuan @muslimcaremalaysia. Doakan kami rakyat Malaysia! hasbunallah wanikmal wakil," tulis mereka menerusi Instagram pada malam Khamis. Turut menyertai program amal ini ialah wakil Muslim Care Malaysia, Ustaz Dr. Ridhuan dan Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan. Segalanya baik Alhamdulillah. Terima kasih semua yang doa. . #wintersurvivalaidsyiria #unicmission #muslimcare @muslimcaremalaysia A post shared by UNIC (@unicofficials) on Dec 14, 2017 at 7:08pm PST