suria

Neves (Pretty Ugly) Bergelar Suami Pada Usia 43 Tahun

Neves dan Noorliana sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada Ahad.

PETALING JAYA: Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Pretty Ugly iaitu Neves selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Noorliana Umar, 36, pada Ahad.

Neves atau Raizan Zainal Abidin, 43, dan Noorliana selamat bergelar suami-isteri pada pukul 11.47 pagi pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau Damansara Perdana, di sini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Pasangan ini memakai pakaian serba putih pada hari pernikahan mereka.

Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Penyatuan pasangan itu turut dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Neves ketika ditemui memberitahu bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berdoa agar perkahwinan yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.

"Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan semoga perkahwinan kami diberkati hingga akhir hayat," katanya.

Neves, Pretty Ugly

Artikel Sebelum

Artikel Lain