suria

Bakal Bayi Siti Nurhaliza Dah Ada Lagu

Siti Nurhaliza sudah mempunyai lagu untuk bakal bayi dilahirkannya. FOTO: GLENN GUAN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tadudin sudah mempunyai tiga melodi yang bakal dipilih untuk dijadikan sebuah lagu untuk anaknya.

Siti yang kini sedang hamil enam bulan berkata, dia mendapat idea mencipta lagu tersebut sejak bulan lalu sebagai hadiah buat zuriat pertamanya yang bakal dilahirkan pada Mac tahun depan.

"Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir.

"Idea datang ketika dalam bilik air dimana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar," ujarnya kepada mStar Online.

Ketahuilah... Sukarnya Untuk Siti Hamil

Siti, 38, ditemui pada majlis sidang media program Ctdk-ation yang diadakan di sini, pada Rabu.

Siti dan Datuk K berkahwin pada 21 Ogos 2006.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Segala Perasaan ini berkata, dia belum siap menulis lirik dan mempunyai tajuk yang sesuai untuk lagu tersebut.

"Belum ada tajuk lagi mungkin bila sudah buat lirik nanti baru ada idea untuk tajuk," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang jantina bayi yang sedang dikandungkan itu, Siti berkata, dia masih menunggu lampu hijau suaminya untuk dikongsikan kepada umum.

Siti turut berkata, nama untuk bayi tersebut juga akan bermula dengan Siti jika perempuan, manakala bermula dengan huruf A bagi anak lelaki.

"Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri 'green light' baru saya kongsikan dengan peminat," ujarnya.

Siti Nurhaliza

Artikel Sebelum

Sajat Menangis Kena Marah

Artikel Berikut

Artikel Lain