suria

De Fam Tiada Rasa Cemburu

De Fam

KUMPULAN De Fam mengakui tidak pernah menyimpan perasaan cemburu antara satu sama lain jika salah seorang daripada mereka lebih menyerlah.

Malah, kumpulan yang dianggotai tiga wanita jelita itu berkata mereka saling menyokong kerjaya peribadi masing-masing.

"Azira lebih menyerlah dalam bidang lakonan dan bagi saya dan Sophia ia tiada masalah dan kami sering menyokongnya dari belakang.

"Itu adalah rezeki dia, kami juga ada perkara yang kami lakukan selain daripada menyanyi," ujar salah seorang ahlinya, Manggis.

De Fam bakal keluar single Melayu tahun depan.

De Fam dianggotai oleh Azira Shafinaz Ramlan, 26, Sophiatul Liana Mohamed Sobri, 27, dan Nurshazwani Shamsuddin (Manggis), 28.

Tambah Manggis, dia sendiri sudah membuka kelas mengajar tarian untuk wanita yang diadakan pada setiap Sabtu.

Sementara itu, Sophia juga berkata, walaupun sibuk dengan kerjaya lain, mereka masih meluangkan masa untuk memastikan kumpulan itu terus berkembang.

"Saya juga sibuk dengan bisnes baju dalam talian, jika persembahan kami seboleh-bolehnya akan turut bertiga," ujarnya.

Ditanya tentang pandangan kumpulan muzik lain yang akhirnya membawa hala tuju masing-masing, mereka berkata, perkara itu tidak pernah difikirkan.

Azira berkata, dia dan ahli yang lain masih mahu memperjuangkan De Fam dan mempunyai pelbagai perancangan pada tahun depan.

"Itu adalah lumrah, tapi buat masa ini kami tidak lagi terfikir untuk berpecah. Kami masih kumpulan baru dan tidak mahu bercerita tentang hal itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, kumpulan yang popular dengan lagu Supergirls itu bakal keluar dengan single bahasa Melayu pada tahun depan.


De Fam, Supergirls

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain