suria

“Suami Kata Boleh Baru Saya Terima” - Marsha

Marsha perlu meminta keizinan suami terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan. Foto: RICKY LAI / THE STAR

PENYANYI Marsha Milan Londoh memberitahu sebelum membuat sesuatu keputusan dia perlu merujuk suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail terlebih dahulu.

Marsha, 32, berkata dia lebih selesa menerima pandangan dan cadangan suami terutamanya hal berkaitan kerjaya.

"Apa-apa pun, saya akan tanya pendapat suami terlebih dahulu termasuklah tentang hal lakonan dan nyanyian.

"Contohnya, apabila ditawarkan sesuatu projek, kami dan pihak pengurusan duduk berbincang dan buat saringan bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha Menanti Berita Gembira

Marsha bersyukur dikurniakan suami penyayang .

"Kalau suami kata boleh, barulah saya terima. Sekarang ini, dia bukan sekadar suami, dia juga pengurus dan penasihat peribadi saya," katanya kepada mStar Online.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 30 tahun itu pada 31 Disember 2015 di  Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hilang ini berkata, Shaiful tidak menghalangnya aktif dalam karier seni hiburan.

Marsha utamakan nyanyian berbanding lakonan.

Jelas Marsha, dia menerima sokongan penuh suami yang sanggup turun padang bersama membabitkan diri dalam sebarang aktiviti seni.

"Alhamdulillah, suami sangat menyokong kerjaya saya dan tak pernah halang impian ini.

"Dia dah mula biasakan diri dengan industri dan tak kekok menyertai program hiburan. Berbeza dengan awal-awal perkahwinan dahulu," katanya.

Marsha dan Shaiful bakal menyambut ulangtahun ke-2 perkahwinan mereka 31 Disember ini.

Bercakap mengenai kerjaya, Marsha berkata dia masih lagi mengutamakan bidang nyanyian berbanding lakonan.

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga ini mengakui lebih senang menerima tawaran nyanyian kerana komitmen waktu yang lebih fleksibel.

"Orang selalu nampak saya di TV dan tertanya-tanya, dah tak menyanyi lagi ke?

"Kalau nak tahu, saya masih fokus dengan nyanyian dan inilah keutamaan saya," ujarnya.

Marsha Milan Londoh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain