suria

“Iqram Tak Gila, Tak Sesat” - Ibu

Iqram bersama ibunya, Lalitol Akmar Mohamed Shaffie ketika ditemui mStar Online di kediamannya di Ipoh, Perak.

IPOH: Ibu kepada pelakon Iqram Dinzly iaitu Lalitol Akmar Mohamed Shaffie sedar akan pelbagai cemuhan yang dilemparkan pengikut laman sosial termasuk mendakawa anaknya itu gila dan sesat.

Lalitol Akmar, 67, berkata, dia bagaimanapun tidak hirau dengan tuduhan itu kerana Iqram bersikap seperti orang biasa ketika di rumah.

“Saya sedar akan cemuhan yang dilemparkan terhadap Iqram, namun saya idak hirau dengan apa yang mereka katakan kerana dia berkeadaan biasa sahaja di rumah.

“Biarlah apa orang nak cakap, kita tidak mampu menutup mulut mereka,” ujar.

Lalitol sedar akan cemuhan dilemparkan netizen terhadap anaknya.

Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar

Wanita itu ditemui di rumahnya di Ipoh, Perak pada Khamis.

Sebelum ini aksi Iqram, 35, di laman Instagram mendapat reaksi netizen selepas dia berkongsi video pelik seperti sedang menari, menyanyi termasuk bermain dengan senjata tajam.

Perbuatan Iqram itu turut menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang berhasrat bertemu dengannya untuk 'berkenalan'.

Dalam pada itu, Lalitol Akmar berkata, Iqram terlalu bersabar terhadap netizen yang banyak menghinanya sejak dia menjaga arwah ayahnya, Muhammad Saipuddin Ahmad, 72, di hospital sebelum meninggal dunia pada 10 Oktober lalu.

Iqram mencium pipi ibunya.

“Selama ini semasa menjaga arwah ayah di hospital, Iqram menerima pelbagai jenis penghina namun dia tetap bersabar.

“Namun Iqram terus dikutuk semasa membuat ‘live video’ di laman sosial Instagram dan dia sudah tidak boleh menahan sabar lagi,” katanya.

Sementara itu, Lalitol Akmar berkata dia ada menegur anaknya itu jika Iqram berkelakuan di luar batasan.

“Sebagai ibu, auntie ada tegur mana yang perlu namun Iqram menjelaskan dia tahu apa yang dilakukannya.

Artikel Sebelum

Sibuk Benar Fasha Sandha

Artikel Berikut

Artikel Lain