suria

Peminat K-pop, Kenapa Sensitif Sangat? - Zara Zya

GARA-GARA pertanyaan secara terbuka berkaitan keistimewaan artis K-pop,  laman Instagram aktres Zara Zya diserang peminat-peminat artis Korea Selatan itu.

Zara, 32, berkata, pertanyaan yang diajukan beberapa hari lalu itu hanya menerima cacian dan komen negatif netizen yang berasa kurang senang.

"Soalan saya apa istimewanya kpop? jawapan yang saya dapat adalah caci maki dan sumpah seranah.

"Tak sangka sensitif sangat. Kenapa sensitif sangat sehingga ada yang melibatkan agama?" tulisnya pada Khamis.

Status Zara Zya dapat perhatian peminat K-pop.

Status pertanyaan yang dimuat naik pada Selasa lalu menerima lebih seribu komen yang rata-rata menganggap pelakon berkenaan cuba menghina artis kesayangan mereka.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia membuat pertanyaan secara umum itu sekadar ingin mengetahui punca artis dan drama dari Korea Selatan mendapat perhatian ramai terutama golongan remaja.

"Saya bertanya kerana saya tidak faham" ujarnya.

Zara Zya, Kpop

Artikel Sebelum

Fizo, Mawar Dapat Anak Perempuan

Artikel Berikut

Artikel Lain