suria

Eira Syazira, Azad Jazmin Timang Anak Ketiga

Pasangan pelakon Eira Syazira dan Azad Jazmin menimang cahaya mata ketiga pada Selasa. Foto Instagram @azadsyazirarose

TAHUN 2018 memberi khabar gembira buat pasangan pelakon Azad Jazmin dan Eira Syazira apabila mereka menimang cahaya mata ketiga kira-kira pukul 1.43 petang, Selasa.

Azad ketika dihubungi mStar Online memberitahu, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur secara pembedahan.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan anak ketiga kami tengah hari tadi dan keadaan Eira dan anak kami dalam keadaan baik.

"Memandangkan dua anak kami sebelum ini dilahirkan secara pembedahan jadi yang ketiga ini pun doktor nasihatkan agar melakukan proses sama.

"Terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan isteri saya," katanya kepada mStar Online.

Azad dan Eira bersama dua anak perempuan mereka.

Dalam pada itu, Azad berkata, dia sendiri masuk ke dewan pembedahan untuk menemani isterinya melahirkan anak mereka.

Ditanya mengenai perasaannya, Azad berkata, dia bersyukur dengan rezeki diberikan dan akan cuba belajar hidup dikelilingi wanita dalam hidupnya.

"Masih ada harapan untuk dapatkan anak lelaki tetapi Alhamdulillah tidak kisah lelaki atau perempuan kerana paling penting dia sihat.

"Semua 'power puff girls' jadi saya kena belajar bergelumang dengan anak-anak perempuan semuanya," ujarnya berseloroh.

Azad dan Eira berkahwin pada 16 September 2011 dan mereka turut dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose yang baru berusia setahun.

Alhamdulillah its Baby girl Tq Allah SWT

A post shared by Azad Jazmin® (GalaHad) (@azadsyazirarose) on

Azad Jazmin, Eira Syazira

Artikel Sebelum

Jue Aziz Rasa Tertipu

Artikel Berikut

Artikel Lain