suria

Jabatan Agama Jangan Senyap, Iqram Hina Nabi

Iqram Dinzly diminta bertaubat.

PETALING JAYA: Pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq Al-Asy'ary menegur tindakan pelakon Iqram Dinzly yang memberi gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Abu Syafiq berkata, kenyataan pelakon berkenaan boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada Nabi Muhammad dan dia perlu bertaubat.

"Kita perlu berhati-hati memberi nama kepada Nabi Muhammad, Allah berfiman dalam Al-Quran, bahawa janganlah kamu jadikan panggilan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian (yang lain).

"Itu perkara asas yang mana anak-anak kecil pun tahu tentang itu, bagaimana dia boleh bercakap di televisyen secara langsung dengan ditonton oleh semua masyarakat," ujarnya menerusi laman Facebook peribadi miliknya pada Isnin.

Iqram Perlu Pertolongan, Rawatan- Pakar

“Iqram Tak Gila, Tak Sesat” - Ibu

Iqram menjadi tetamu Melodi pada Ahad.

Iqram menjadi tetamu jemputan dalam program Melodi menerusi segmen baharu Cerita Sini Habis Sini.

Menerusi segmen yang dikendalikan oleh penerbitnya Michelle Wee itu, Iqram berkongsi luahan hati apabila dituduh tidak waras akibat video-video aksi pelik yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, Abu Syafiq berkata, pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) seharusnya memantau dan mengambil tindakan terhadap pelakon tersebut.

Tambahnya, ia bukan kali pertama kelakuan pelakon itu mempersendakan Islam kerana sebelum ini pernah menconteng kalimah Allah SWT di dahi.

"Sudah tiba masanya Jabatan Agama Islam Perak mengambil tindakan tegas terhadap pelakon ini. Jangan duduk senyap kerana Iqram sudah menghina nama Nabi secara umum," ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut berdoa agar pelakon itu diberikan hidayah dan bertaubat atas perbuatan tersebut.

Sementara itu, Iqram menerusi Instagramnya memohon maaf jika pemahaman Abu Syafiq yang mengatakan dia menghina Nabi itu adalah penghinaan persepsi.

Iqram memuat naik status di laman Instagramnya.

Malah, dia menganggap penulisan tersebut juga boleh mencetuskan kontroversi dan menjatuhkan maruah orang dengan meletakkan pandangan sendiri.

"Kepada ustaz ini, maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi, hanya perkataan ‘CHE MAT' setelah mengatakan Tok Guru dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi.

"Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti.

"Dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri?" tulis Iqram.

Menurut Iqram, dia akan bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Al-Bakri yang lebih arif memberi pandangan mengenai isu tersebut.

Iqram juga mengajak Abu Syafiq untuk bersemuka dengannya dan tidak perlu menjadikan medium laman sosial untuk mencari publisiti.

"Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini. InsyaAllah, Allah lebih Maha mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti.

"Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti," katanya.

Iqram kini tinggal di Ipoh, Perak bersama keluarganya.

Iqram Dinzly

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain