suria

“Banyak Sangat Perompak, Penghukum” - Adam Shahz

Adam Shahz mengambil keputusan menukar mod akaun Instagramnya kepada 'private'.

PELAKON Adam Shahz memberitahu punca dia mengambil keputusan menukar mod 'private' akaun Instagram miliknya selepas mendapati ada pihak tertentu yang gemar memuat turun gambarnya untuk tujuan tertentu.

Adam berkata dia tidak tahu tujuan sebenar perkara itu dilakukan namun dia membuat tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga.

"Ada segelintir pihak yang muat turun gambar saya untuk tujuan tidak sepatutnya dan ia bukan sesuatu yang patut berlaku.

"Tidak semua orang sukakan kita malah saya sendiri tidak tahu tujuan mereka berbuat demikian jadi jalan paling baik adalah dengan private akaun," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Khamis.

Antara luahan Adam di InstaStory.

Terdahulu, Adam memuat naik status di InstaStory memberitahu Instagramnya banyak 'perompak' dan 'penghukum'.

"Akaun Instagtam saya akan 'private' sebab banyak sangat perompak dan penghukum.

"Jangan cepat menghakimi orang kalau tidak tahu apa yang sebenar berlaku. Cermin diri sendiri sebelum meletakkan kesalahan pada orang lain," tulisnya.

Dalam pada itu, Adam berkata dengan cara itu juga dia dapat memantau pengikut baharu yang ingin mengikuti akaun Instagramnya.

"Kalau saya nak sekat mungkin ambil masa lama jadi senang kalau 'private'. Boleh saya pantau dan menapis pengikut akaun saya," ujarnya.

Adam bakal muncul menerusi tiga filem pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata, tahun 2018 bermula dengan baik untuknya apabila dia bakal muncul menerusi tiga buah filem pada tahun ini.

Kata Adam dia kini sedang menjalani penggambaran filem berjudul Geran dan Kalla sebelum terlibat dalam projek berjudul Zaara.

"Alhamdulillah saya anggap ini adalah rezeki daripada Allah selepas beberapa ujian sebelum ini.

"Mungkin ada perkara yang diambil daripada saya tetapi ia diganti dengan perkara lain dan salah satunya rezeki dalam kerjaya," katanya.

Adam Shahz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain